❀ 제 01 장 ❀

1.5K 185 115
                                    

⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌Dikhianati⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌I Hate You┃HOTSHOT

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌
Dikhianati
⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌
I Hate You┃HOTSHOT

══❍ ❀ ❍══

Assalammualaikum dan hai! ❤ welcome to our first chapter of 'Boyfriend Material'! ✨

Hope korang semua enjoy dengan chapter ni. Jangan lupa vote dan comment! 🍒

[ Disclaimer ]

Saya ingin memohon maaf jika terdapat persamaan jalan cerita, watak dan sebagainya. Buku ini diterbitkan saya dengan keseluruhan idea yang datang dari saya tanpa ada niat untuk meniru jalan cerita dari penulis lain 🎈

Enjoy Your Reading! ❤

══❍ ❀ ❍══

Han Yeolreum

Sejak kebelakangan ni, entah kenapa aku merasakan yang Mingi tengah cuba untuk jauhkan diri dia daripada aku.

Sebelum ni, tak pernah lagi dia buat macam ni dekat aku. Pesanan aku semuanya dibluetickkan sahaja tanpa ada niat untuk membalas. Panggilan aku pula selalu dia decline.

Tak pernah sepanjang tiga tahun kami menjalinkan hubungan, dia berkelakuan sebegini.

Sejujurnya, hatiku mula berasa tidak sedap. Akhir-akhir ni juga dia sentiasa cuba elakkan diri dari berjumpa dengan aku.

Ada juga aku terfikir yang mungkin aku ada buat apa-apa silap dengan dia sebelum-sebelum ni. Dan mungkin sebab tulah dia merajuk denganku.

Namun, bila difikirkan kembali, tiada pula aku menyakitkan hatinya. Selalunya, kalau aku ada sakitkan hati dia, waktu tu juga aku minta maaf.

Selama hampir tiga minggu ini, aku cuma menumpukan perhatian aku pada pelajaran memandangkan ini merupakan tahun akhirku di sekolah tinggi. Adakah dia jauhkan diri sebab tu? Tak mungkinlah.

Tapi, kali ni, dia jauhkan diri daripada aku tanpa sebarang sebab yang aku tahu. Dan mungkin juga, dia sendiri tahu apa jawapannya.

══❍ ❀ ❍══

Tujuh hari berlalu sejak Yeolreum mula berasa ragu-ragu dan tidak sedap hati. Dia masih belum tahu apa puncanya lelaki itu bersikap sebegitu.

Dan apa pun terjadi, dia mahu tahu kenapa lelaki itu mengelak daripadanya. Rasa rindu yang tidak terubat membuatkan dadanya berasa sesak setiap kali teringat akan Mingi.

Rindunya sudah tidak dapat dibendung. Yeolreum membuat keputusan untuk ke rumah Mingi dan berjumpa sendiri lelaki itu.

Jika lelaki itu mahu mengelak daripadanya, dia sendiri akan berhadapan dengan lelaki itu dan mengesahkan punca keretakan dalam hubungan mereka.

𒆜 𓊈박성화𓊉 𐪟 BOYFRIEND MATERIAL ⩩Where stories live. Discover now