❀ 제 77 장 ❀

145 29 16
                                        

⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌Distracted⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌
Distracted
⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌

Assalammualaikum dan hai 🌺
Maaf sebab dah buat korang menunggu. Lepas habis exam haritu, Yayan terkena writer block 😭

Thats why terpaksa ambil masa sikit nak recollectkan balik kepala otak yang dah pecah sebab exam, tambah pulak kelas online ni semua 😭

Yayan try slow - slow untuk dapatkan idea - idea yang tercicir tu dengan edit chapters, perbetulkan ayat tunggang terbalik, betulkan typo, delete yang tak berkaitan. Hope benda ni membantulah nak dapatkan idea - idea tu 🐣

Semoga korang enjoy chapter ni, terima kasih! 🌺

══❍ ❀ ❍══

" Gelang apa yang kau pakai ni, Hwa? Aku tak pernah tengok pun. " Loket gelang berbentuk stering kapal lanun di pergelangan tangan rakannya, dibelek dengan penuh hairan.

Dia tahu Seonghwa sememangnya mempunyai minat dalam memadankan aksesori dan pakaiannya kerana mereka berkongsi minat yang sama tentang fesyen. Namun, tidak pernah pula dia melihat Seonghwa memakai gelang ini sebelum ini.

Adakah Seonghwa membeli aksesori tanpa mengajaknya?

Gelas minuman manis yang dipegangnya, diletakkan semula di atas meja. Seonghwa menyandarkan kembali tubuhnya pada penyandar kerusi.

Gelang yang meliliti pergelangan tangannya direnung. Senyuman manis mulai berputik di bibir lelaki itu apabila teringat akan sewaktu dia dan Yeolreum memakai aksesori padanan pertama mereka sejak mula bercinta.

" Ouh.. Ni matching things yang aku buat dengan Yeolreum. Since aku tempah gelang untuk diri aku sendiri, aku buatkanlah dia rantai. " Jelas Seonghwa.

Pergelangan tangan kanannya dipusing - pusingkan untuk menayang gelangnya itu.

Berbanding dengan Seonghwa yang sedang tersenyum gembira, Hongjoong di sebelahnya merenung gelang itu sambil memikirkan sesuatu yang mendalam.

Tindak - tanduk abang angkatnya itu diperhatikan dalam diam buat seketika waktu.

Dia berasa sangat takut, takut untuk memberanikan dirinya mendekati Minyoung tetapi dia sekali lagi mempertimbangkan perasaannya terhadap wanita itu setelah melihat betapa bahagianya si abang itu setiap kali bercakap tentang pasangannya.

Jikalau dia dan Minyoung menjadi pasangan kekasih, akan sebegitukah bahagia yang bakal dia rasai?

Andai itulah kebahagiaan yang bakal dia rasai, dia juga mahu memberanikan dirinya untuk meluahkan perasaannya pada Minyoung.

𒆜 𓊈박성화𓊉 𐪟 BOYFRIEND MATERIAL ⩩Where stories live. Discover now