[ current status ; complete! ]
Park Seonghwa ft. Han Yeolreum.
Dia mahu gadis itu bahagia dan dia mahu orang yang membuat gadis itu bahagia adalah dirinya sendiri.
⚠️ mengandungi typo dan bahasa
yang macam minta penampar online.
― ' no copycat zone...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌ Couple Time! ⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌
Last update untuk harini 🤭❤
Selamat membaca! ✨
══❍ ❀ ❍══
Satu persatu kayu chopsticks dijatuhkan dari tangan setelah kesemuanya selesai menghabiskan makan malam mereka.
" Korang bertiga pergilah naik bersihkan diri. Tinggal mangkuk - mangkuk kosong tu. Biar hyung yang kemas. " Putus Seonghwa.
Dia bangkit dari kerusinya dan mulai mengumpul mangkuk - mangkuk mereka yang telahpun kosong itu sebelum dibawa ke singki.
Hari - hari, dia melakukan perkara yang sama. Memasak, mengemas dan membasuh sisa makanan mereka. Sememangnya semua itu sangat memenatkan tetapi sekurang - kurangnya hatinya berasa gembira apabila melihat mereka mengosongkan segala yang dimasaknya.
" Nae, hyung. Gomawo untuk makanan ni. " Yunho turut bangkit dari kerusinya.
Perutnya yang sudah penuh, diusap tanda kekenyangan. Sememangnya makanan yang dibuat di rumah lebih menyelerakan jika dibandingkan makanan di kedai. Benar - benar menepati cita rasanya!
" Sanie pun. Gomawo hyung. " San bangkit membontoti Yunho.
" Arasseo. Arasseo. Pergilah naik dulu. " Seonghwa 'menghalau' mereka bertiga agar segera naik ke atas untuk membersihkan diri.
" Mingi pun. Pergilah naik atas. Mingi pun kerja tadi mesti penat. " Seonghwa memandang ke arah Mingi yang cuba membantunya.
" Gwaenchana hyung. Mingi balik awal, jadi tak rasa penat sangat sebab dah berehat tadi. " Seonghwa hanya mengeluh mengiyakan.
Lelaki itu tidak akan pergi naik berehat hanya sebab dia suruh. Selagi dia tak habis tolong mengemas.
Tiga orang mereka ralit melakukan tugas yang dibahagikan masing - masing.
Yeolreum berada di hadapan singki bagi mencuci pinggan mangkuk yang kotor.
Seonghwa mengelap meia makan manakala Mingi sedang membantu Yeolreum mengelap pinggan yang basah sebelum disimpan ke dalam rak.
Tong sampah yang berada di lantai membuatkan Yeolreum terpaksa menunduk untuk membuang sisa makanan sebelum mencucinya.
Setiap kali dia menunduk, setiap kali itu jugalah dia terpaksa menahan sakit pada perutnya. Sedaya - upaya dia melindungi rasa sakit itu agar tidak diperasan oleh Seonghwa ataupun Mingi yang berada di sisinya.
Namun pada pinggan yang ke-6, gadis itu sudahpun jatuh terduduk ke lantai. Mangkuk yang dipegangnya terlepas dari pegangannya dan menghasilkan bunyi yang cukup kuat untuk menyedarkan Mingi dan Seonghwa.