[ current status ; complete! ]
Park Seonghwa ft. Han Yeolreum.
Dia mahu gadis itu bahagia dan dia mahu orang yang membuat gadis itu bahagia adalah dirinya sendiri.
⚠️ mengandungi typo dan bahasa
yang macam minta penampar online.
― ' no copycat zone...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌ Welcome Home ⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌ Take Me Home┃ATEEZ. (Yayan suke gile lagu ni, lyrics dia tu sesuai sangat 😭 Lagu The Leaders tu ade aura To The Beat 😭 Time of Love pun best 🥺❤)
Assalammualaikum dan hai! 👻❤ yayan janji dengan korang yayan akan update lepas edit kan? So here. Hope enjoy 😊❤
Selamat membaca! 💘
══❍ ❀ ❍══
Seonghwa, Jongho dan Hongjoong berdiri kaku di kaki lima. Mata mereka ligat memandang sekeliling.
Hari sudahpun gelap, hanya tiang lampu jalan sahaja yang menerangkan penglihatan mereka.
" Ni kawasan last Ho jumpa Mingi hyung, kalau tak jumpa juga, kita balik jelah. " Kata - kata Jongho itu hanya disambut dengan anggukkan.
" Kaja. "
Mereka berjalan sambil memandang sekeliling, cuba mencari kelibat seseorang yang kemungkinan ada di dalam tempat gelap.
Jantung Jongho semakin berdebar semasa menghampiri penghujung jalan yang menuju ke sebuah lorong di mana dia dan Mingi pernah ada.
Di mana tempat rahsianya terbongkar pada lelaki yang turut pernah mempunyai perasaan yang sama pada Yeolreum dan lelaki itu jugalah yang banyak membantunya dalam cuba untuk menghilangkan perasaannya.
Dia bimbang sekiranya Mingi tiada di situ. Kerana sekiranya lelaki itu tiada di situ, tiadalah lagi tempat yang boleh Jongho ingat untuk mencari lelaki itu.
Mereka semakin hampir dan dengan hembusan nafas berat, Jongho membelok ke kiri. Ternyata, lelaki itu benar - benar tiada di situ.
Dia mengeluh berat. Dia duduk bertinggung dan terus menerus mengeluh kesal. Matanya hanya memerhati sahaja tindak tanduk abangnya berjalan di sekitar itu.
Kepalanya direbahkan ke atas kepala lututnya. Dia benar - benar penat haritu itu kerana seharian mereka mencari dan terus mencari. Seketika dia berasa bersalah kerana menyusahkan abang - abangnya untuk mencari Mingi walhal pada akhirnya mereka tetap tidak menemui lelaki itu.
" Jongho-yah!! Yeogiwa!! " Laungan Seonghwa membuatkan dia terkejut.
Dia segera berdiri dan mencari kelibat abang - abangnya di dalam gelap. Sehinggalah dia melihat abangnya sedang berdiri di lorong belakang kedai. Hongjoong menggamit tangannya, memanggilnya agar segera pergi ke arah mereka.
Lelaki itu berlari anak mendapatkan hyungnya. Matanya terbuntang melihat sekujur tubuh lemah yang sedang terbaring di atas tar. Nafasnya kedengaran berat seolah - olah sedang menahan sakit.
" Mingi hyung!! " Dia pergi mendapatkan lelaki itu. Seonghwa membantu Jongho untuk membangunkan Mingi.
Tangan Seonghwa pantas memegang wajah Mingi yang kelihatan tidak bermaya. Matanya naik memandang Hongjoong.