[ current status ; complete! ]
Park Seonghwa ft. Han Yeolreum.
Dia mahu gadis itu bahagia dan dia mahu orang yang membuat gadis itu bahagia adalah dirinya sendiri.
⚠️ mengandungi typo dan bahasa
yang macam minta penampar online.
― ' no copycat zone...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌ P
erbalahan ⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌
Ini update kedua untuk harini seperti yang dijanjikan! ❤
Terima kasih semua 🥺
══❍ ❀ ❍══
Seonghwa mematikan enjin keretanya sebaik tiba di rumah. Masing - masing beransur keluar dari kereta dan mengikut jejak langkah Yeolreum yang sedang menghampiri but belakang kereta.
Pintu but itu dibuka. Namun sebelum sempat mereka ingin membantu Yeolreum mengangkatnya, gadis itu sendiri sudahpun menghalang mereka.
" Korang semua pergilah naik dulu. Biar Reum angkat sikit - sikit. " Mereka terdiam memerhatikan riak wajah gadis itu yang berubah sejak pulang dari pusat beli - belah.
Di dalam kereta, gadis itu langsung tidak bercakap dan hanya mendiamkan diri. Sedar yang gadis itu tidak seperti biasa, masing - masing segera mendiamkan diri.
Bukan sahaja mereka namun Seonghwa sendiri menyedari perubahan gadis itu. Lebih lagi, dia sendiri tahu mengapa gadis itu bersikap sebegitu namun dia lebih membuat keputusan untuk berdiam diri.
" T-tapi, b-barang tu banyak... " Wooyoung bersuara perlahan.
" Gwaenchana, Reum boleh angkat sikit - sikit. Naiklah pergi mandi dulu. Mesti korang penat. " Itu sahaja responnya.
Terhinjut bahu ketujuh - tujuh lelaki itu mendengar nada tinggi dari si gadis yang selama ini sentiasa bertutur dengan lembut. Ianya membuatkan mereka tergamam, lebih - lebih lagi Seonghwa.
Namun mereka ialah mereka yang sedang takut dengan sikap dingin gadis itu. Mahu sahaja mereka bersuara lagi menyatakan mereka tidak sepenat Yeolreum yang baru balik dari sekolah dan terpaksa diheret bersama. Akhirnya, mereka akur dan beredar memasuki rumah meninggalkan Jongho dan Seonghwa di situ.
" Areum-ah, awak tak boleh angkat banyak - banyak ni. " Jongho mengambil beg plastik di tangan Yeolreum sebelum sempat rakan baiknya itu bersuara.
Si gadis akhirnya akur dan membiarkan lelaki itu membantunya. Mereka berdua berulang - alik mengangkat barang masuk ke dalam rumah membiarkan Seonghwa berdiri kaku di situ.
Yeolreum langsung tidak memandang ke arahnya apatah lagi bercakap. Jongho sedar akan ketegangan itu dan segera menyuruh hyungnya masuk membersihkan diri.
Dia memandang belakang tubuh abangnya yang teragak - agak untuk meninggalkan mereka namun dia tetap masuk ke rumah. Pandangan Jongho beralih pula pada Yeolreum yang mengangkat mukanya memandang teman lelakinya yang berlalu pergi.