[ current status ; complete! ]
Park Seonghwa ft. Han Yeolreum.
Dia mahu gadis itu bahagia dan dia mahu orang yang membuat gadis itu bahagia adalah dirinya sendiri.
⚠️ mengandungi typo dan bahasa
yang macam minta penampar online.
― ' no copycat zone...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌ 7 Lelaki Kacak ⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌ Thank U┃ATEEZ.
══❍ ❀ ❍══
Assalammualaikum dan hai semua! ❤ semoga korang berada dalam keadaan yang sihat dam sentiasa dilindungi tuhan. ✨
Terima kasih sebab kita dah berjaya reach 100 votes! ❤ Memandangkan Ateez masih baru, Yayan masih tak jumpa ramai lagi atinys dekat luar sana. Jadi kalau semua sudi, syorkanlah pada kawan korang yang sama fandom. 👌 Yayan tak paksa. Cuma cadangkan ✨
Oh ya! Chapter ni mungkin akan jadi chapter yang agak panjang. Hope korang suka! ❤
Enjoy Your Reading!
══❍ ❀ ❍══
❝ Han Yeolreum ❞
Perlahan-lahan aku membuka mataku dan melihat sebuah ruang yang begitu asing dariku. Terasa seperti tidurku sebentar tadi sangat nyenyak sehinggakan aku langsung tidak sedar yang aku sudah berubah tempat.
Mataku menghadap ke arah siling putih. Tanganku diangkat dan digosok pada mataku. Tidak lama kemudian, pandanganku yang masih kabur, aku halakan pada sekelilingku.
Baru aku sedar yang aku sedang berada di dalam sebuah bilik yang aku tidak pernah tengok. Malah bilik itu kelihatan mewah. Tilam yang sedang aku baring ini pula sangat selesa dan empuk, jauh lebih selesa daripada tilam di rumahku.
Sebaik sahaja penglihatan mataku kembali jelas, aku membangunkan diriku dari terus berbaring. Mataku sekali lagi memandang ke arah sekeliling bilik. Bilik ini sangat luas dan besar.
Kedua-dua kakiku didaratkan di atas lantai. Sepasang selipar rumah tersusun elok di lantai sebelah katil. Mungkin Seonghwa yang meletakkannya.
Selipar itu aku sarungkan kedua-dua kakiku dan kemudiannya aku bangun daripada tilam. Langkah diatur kemas dan aku mula menjelajahi bilik yang masih baru padaku itu.
Dari apa yang aku lihat, bilik itu ialah bilik lelaki kerana banyak barang yang terdapat di dalam bilik itu, kesemuanya ialah barang kepunyaan lelaki. Mungkin sudah jelas bahawa ini ialah bilik Seonghwa.
Keadaan bilik itu sangat bersih dan kemas membuatkan aku tidak henti-henti memuji dirinya di dalam hatiku. Pengemas juga orangnya, fikirkan ia hanya sekadar kacak sahaja.
Jika dibandingkan personaliti Seonghwa dan personaliti Mingi, mereka berdua amatlah berbeza malah personaliti mereka berlawanan. Seonghwa pandai mengemas manakala Mingi hanya pandai menyelerakkan barang. Bukan itu sahaja, lelaki itu jauh lebih matang jika dibandingkan dengan Mingi.