❀ 제 46 장 ❀

256 53 51
                                        

⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌Mayat Hidup⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌Stand By You | A

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌
Mayat Hidup
⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌
Stand By You | A.C.E

Assalammualaikum dan hai! ❤ guys... FANFIC NI ROAD TO 3K VOTES 😫❤

Dah lama aku tak tukar cover fanfic ni. Lihatlah karya terburuk saya 😌 sebelum - sebelum ni aku request dekat orang but kalini aku try buat sendiri. Walaupun hodoh, takpelah asalkan nampak cantik di mata sendiri ehek! 😂

Apapun, selamat membaca! 💕

══❍ ❀ ❍══

❝ song mingi ❞

" Hyung nak balik dululah. " Aku bersuara padanya setelah sekian lama duduk di situ bersamanya.

Tanganku yang baru sahaja ingin melangkah ditahannnya. Aku menoleh memandang lelaki yang sebaya Yeolreum itu. " Hyung nak balik terus ke rumah ke? " Soalnya.

Kepala aku gelengkan tanda tidak. " Hyung nak pergi kedai serbaneka kejap. Beli barang sikit. Lepas tu barulah hyung nak balik rumah. Kenapa? "

" Kalau hyung taknak balik lagi, Ho nak ikut hyung pergi kedai serbaneka tu boleh? Ho laparlah. " Bibirnya dimuncungkan sambil sebelah tangannya mengusap perutnya.

Aku berdecit melihat tingkah - lakunya. " Ni sebab taknak balik awallah ni? Kalau macam tu, jomlah kita makan dekat sana. " Ajakkanku membuahkan senyuman lebar di bibirnya.

" Gomawo, hyung. " Ucapnya. Lenganku dipeluknya.

Sebaik melangkah masuk, aku segera berjalan ke lorong di mana rak mi segera tersusun. Beberapa mangkuk mi segera aku ambil dengan berlainan perisa.

Mi - mi itu bukan sahaja untuk malam ni, aku juga membelinya untuk makan di rumah nanti. Dari membiarkan dapurku kosong, lebih baik aku membeli makanan - makanan sebegini untuk dimakan. Aku juga turut mengambil sebungkus kimbap berbentuk segi tiga. Untuk minuman pula aku hanya mengambil sebotol air sejuk untuk menghilangkan dahaga.

Kesemua barang itu aku bawa ke kaunter. Jongho turut datang ke kaunter setelah selesai memilih.

Sementara semua barangku diperiksa harga, aku mengerling ke arah Jongho yang memeluk makanannya. Mataku memandang barangku dan barangnya berulang kali.

" Ho. Letaklah barang Ho tu, bayar dengan duit hyung sekali. " Suruhku.

Dia memandangku lama, teragak - agak untuk meletaknya. " Gwaenchana. Hyung bayar. " Kataku. Dia meletakkan barangnya.

𒆜 𓊈박성화𓊉 𐪟 BOYFRIEND MATERIAL ⩩Where stories live. Discover now