❀ 제 42 장 ❀

245 48 68
                                        

⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌Berhenti Sisihkan Kitorang⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌
Berhenti Sisihkan Kitorang
⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌

Assalammualaikun dan hai, welcome back ehek 👀 haku sibuk nak susun jalan cerita lepas dah dapat idea and lately gilakan zepeto 😌

If korang ada zepeto, muhleh follow memollow ;
Z4EEWV
Dm je yayan utk followback ❤

Btw, nak nangis weyh bila dengar Hakak Neelofa dengan Hael Husaini stan Ateez 😭❤ Rise up my kids, someday, everyone akan nampak apa yang ada dalam diri korang dan takkan sia - siakan korang 😊✨

Selamat membaca! 🥰

══❍ ❀ ❍══

❝ han yeolreum ❞

Seminggu. Sudah masuk seminggu sejak Jongho mulai menjauhkan dirinya dari aku, dan hyung - hyungnya yang lain tanpa kami mengetahui apa punca yang merenggangkan hubungan kami.

Jongho bagaikan membina sebuah sempadan yang kebal di antara dirinya dan yang lain. Dia akan mengelakkan dirinya dari menyertai kami yang berkumpul dan masuk ke biliknya untuk mengasingkan diri.

Di sekolah, setiap kali aku cuba menghampirinya pasti ada sahaja alasan yang dibuatnya untuk menjauhkan diri daripadaku. Di rumah mereka pula, Jongho masih enggan makan bersama dan gemar pulang lewat. Itulah apa yang diadu oleh yang lain di dalam ruang perbualan yang dicipta berasingan tanpa memasukkan Seonghwa mahupun Jongho.

Selain yang lain, aku juga merasakan ada sesuatu yang terjadi di antara kedua - dua orang lelaki ini. Mereka tidak pernah sejanggal ini, bukan sahaja tidak bercakap dengan satu sama lain, malah mereka juga tidak mampu untuk memandang satu sama lain.

Mataku memandang kosong ke arah buku teks Sejarah yang terbuka di atas mejaku bersama dengan buku rujukan dan buku nota. Halaman buku nota yang terbuka kosong dan bersih tanpa sebarang catatan melainkan tarikh yang ditulisku di bahagian atas muka surat.

Kepalaku menjadi bingung ingin mencari cara untuk mengetahui apa yang berlaku sebenarnya. Mahu bertanya pada Seonghwa, tidak pula aku berani. Bimbang perasaannya tersinggung jika benar masalah ini terjadi di antaranya dan Jongho.

Bebola mata yang sejak tadi memandang bawah, kini ralit memandang sekeliling kelas. Satu persatu rakan sekelasku yang kini sedang fokus, aku perhati. Sehinggalah mataku terhenti pada meja yang berada selari dengan barisan mejaku dan satu lagi meja dibelakangnya namun kedudukan meja mereka terletak di hujung sekali, di sebelah tingkap. Bae Hoyoung dan Lee Seyoon.

Aku kenal siapa mereka. Mereka ialah rakan baik Jongho yang terdiri daripada lima orang termasuklah lelaki itu sendiri. Jongho pernah memperkenalkan aku kepada mereka. Mungkin, aku boleh minta tolong dari mereka berdua.

𒆜 𓊈박성화𓊉 𐪟 BOYFRIEND MATERIAL ⩩Where stories live. Discover now