[ current status ; complete! ]
Park Seonghwa ft. Han Yeolreum.
Dia mahu gadis itu bahagia dan dia mahu orang yang membuat gadis itu bahagia adalah dirinya sendiri.
⚠️ mengandungi typo dan bahasa
yang macam minta penampar online.
― ' no copycat zone...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌ Time for a warm group hug! ⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌
Assalammualaikum dan hai! 🥰 Thanks untuk 17K reads!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! 🥳🥳🥳🥳🥳
Untuk chapter ni, yayan ada permintaan kecil. Ya, kecil je. Muhun dengar lagu mana-mana/kesemua lagu dibawah utk mendapat mood sedih 👁👄👁
• Mist • sunrise • dazzling light • thank u • if without you • with u • one day at a time ( for those yg still xbaca lirik dia, muhunlah baca, kau akan auto emo )
Selamat membaca! 📷
══❍ ❀ ❍══
Beberapa hari berlalu sejak kejadian di mana Hongjoong menghuru - harakan dapur rumah mereka dengan kegilaannya dan Seonghwa. Sejak itu jugalah Jongho kembali makan bersama mereka dan tidak lagi mengelakkan dirinya.
Walaupun dia tidak lagi banyak bercakap seperti dahulu, Seonghwa berasa sedikit lega kerana adiknya itu tidak lagi melarikan diri daripada mereka.
Acara makan tengaharipun tamat. Setelah membersihkan ruang dapur, masing - masing membuat keputusan untuk berehat di ruang tamu. Jongho turut menyertai mereka kerana diajak oleh Yunho.
Namun dia tidak duduk lama, setelah yakin yang tiada siapa perasan, perlahan - lahan lelaki itu bangkit dari sofanya dan berjalan ke arah tangga untuk naik ke bilik.
Dan ya, tiada siapapun sedar buat masa yang agak lama. Tetapi tidak terlalu lama kerana Seonghwa terlebih dahulu menyedari ketiadaan adik bongsu mereka setelah perasan sofa di sebelah San telahpun kosong.
Perlahan - lahan dia turut bangkit dari sofanya.
" Hyung nak pergi mana? Taknak habiskan cerita ni dulu ke? " Soal Wooyoung yang menarik tangannya.
Si abang menoleh memandang lelaki itu dengan senyuman. Dia menggelengkan kepalanya.
" Gwaenchana. Ada lagi siaran ulangan dia, nanti hyung tengok semula. Hyung nak naik berehat sekejap. " Bohongnya.
Wooyoung hanya mengangguk faham dan yang lain hanya mendiamkan diri. Seonghwa menapak ke arah tangga dan mendaki satu persatu anak tangga rumah mereka.
Langkahnya menjadi perlahan semasa cuba mendekati daun pintu bilik Jongho yang tertutup.
Sudah lama dia menunggu untuk bercakap bersendirian dengan Jongho. Tetapi dia tidak nampak masa yang sesuai dan jika mempunyai masa yang sesuai pun, dia bimbang dia tidak berani untuk mendekati lelaki itu setelah menyakitinya. Dan sekaranglah masanya. Dia sudah dapat keberanian dan juga diberikan masa untuk dia mendekatinya.