[ current status ; complete! ]
Park Seonghwa ft. Han Yeolreum.
Dia mahu gadis itu bahagia dan dia mahu orang yang membuat gadis itu bahagia adalah dirinya sendiri.
⚠️ mengandungi typo dan bahasa
yang macam minta penampar online.
― ' no copycat zone...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
══❍ ❀ ❍══
Assalammualaikum dan hai! Welcome back to another chapter! 🌼
Terima kasih untuk yang comment di chapter lepas. Yayan lately ni suka sangat baca komen orang dan Yayan suka sangat reply komen orang, sebab tu Yayan sentiasa minta korang komen dan Yayan harap korang terus komen dekat chapter(s) Yayan. 🌸
And bila korang komen tu, serious buatkan Yayan rasa bersemangat nak update 😭❤
Comment untuk chapter ni, boleh Yayan dapatkan 5 comments juga? 😆
Btw, selamat membaca! 💕
══❍ ❀ ❍══
" Aik, Ho! Kau buat macam mana sampai boleh dapat jawapan macam tu? " Yeosang bertanya, pelik.
Jalan pengiraan Jongho disemaknya sekali lagi dan dibandingkan dengan jawapan yang dibuat Yeolreum.
Tepat selepas sarapan pagi, Yeosang menawarkan dirinya untuk mengajar mereka menyiapkan kerja sekolah mereka. Memandangkan sejak pulang dari restoran semalam, Seonghwa ada berpesan padanya untuk mengajar adik-adik mereka.
" Cerdiklah kau ni, Ho. Pengiraan kau pun tak betul! Hyung dah cakap kan dengan kau, tulis balik jalan kira dia. Ni, kau buat macam ni, siapa nak faham. " Marah Yeosang.
" Malaslah nak tulis balik soalan dia. " Rungut Jongho. Jawapan 'pengiraan'nya itu dipadam semula.
" Kau, dengan malas kau... " Keluh Yeosang.
Kepalanya dialihkan pada Yeolreum yang sudah hanya tinggal beberapa soalan sahaja lagi sebelum dia siap membuat kerjanya.
Haish. Mengajar orang lain lebih mudah dari mengajar adik sendiri yang banyak cekadak dia tu.
" Oppa, soalan ni Reum tak fahamlah cara nak cari jalan kira dia. " Bukunya ditolak mendekati Yeosang.
" Ouh, yang ni.. Cuba Reum baca balik soalan dia. Dia terbalikkan kedudukan dia tu. Sebab tu Reum keliru. " Soalan itu kembali ditenungnya lama.
" Ah, betullah. Tapi, pengiraan dia sama je kan? " Bebola matanya naik, menunggu respon Yeosang.
" Eo, sama je. Buat jalan kira dulu, tak pun tanda dekat atas dia punya kedudukan. " Gadis itu mengangguk faham.
Derapan tapak kaki yang menuruni tangga, menarik perhatian Yeolreum. Pandangannya segera dikalihkan ke tepi, ingin melihat siapa yang sedang melangkah turun.