❀ 제 26 장 ❀

406 63 65
                                        

My Ocean (나의 바다)Jeong Sewoon

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

My Ocean (나의 바다)
Jeong Sewoon

※ Please dengar sambil membaca ※

══❍ ❀ ❍══

Seperti yang aku dah janjikan dengan korang, aku buat double update harini.

Lagipun sekarang konfem ramai yang tengah gelabah cari buku sekolah yang dah lama korang social distancing dengan dia 😌 cam aku... 3 meter dengan buku aku 🌚

Dan untuk yang masih tengah mimpi, bangunlah woi. Suckolah dah nak bukak 🌚

❝ sesungguhnya, tiada cuti yang kekal. ❞
— yayan, 2020.

Selamat membaca! 💕

══❍ ❀ ❍══

Deringan loceng sekolah yang berbunyi nyaring menandakan tamat sudah sesi persekolahan mereka pada hari itu, membuatkan murid - murid di kelas 7-A bersorak kegembiraan.

Penat lelah belajar dan bermain tadi serta - merta hilang sebaik mendengar bunyi loceng itu. Yang hampir sahaja tidur turut terasa segar.

" Baik, murid - murid semua. Kemas barang - barang sekolah kamu dengan baik. Jangan cicirkan apa - apa barang kamu. Periksa laci meja masing - masing, jangan tinggal sebarang sampah - sarap. " Tegas nada suara seorang guru mata pelajaran itu menyampaikan pesanan pada anak muridnya.

Dua orang rakan baik yang menjadi rakan semeja, Seonghwa dan Hongjoong, turut mengemas barang - barang sekolah mereka seperti rakan sekelas yang lain.

" Lepas ni, kau nak pergi mana - mana ke, Hwa? " Hongjoong bertanya kepada rakannya itu.

Bekas penselnya dimasukkan ke dalam beg sebelum dizip dengan kemas. Tali beg sekolahnya itu digalas kemas ke kedua - dua bahunya.

Matanya melirik ke arah Seonghwa yang masih belum siap mengemas barangnya. Soalannya tadi tidak terjawab kerana lelaki itu sibuk mengemas mejanya yang berselerak.

Hongjoong mengeluh. " Lambat betullah kau mengemas ni, Hwa. " Tahu benar dia dengan sikap pembersih dan pengemas Seonghwa.

Seonghwa mendengus marah. " Kau nak cepat - cepat ni pergi mana, Joong? Lainlah dengan kau, aku ni balik jalan kaki. Kalau balik rumah pun, takde orang yang tunggu aku ni. " Terselit nada iri hati di dalam kata - katanya.

𒆜 𓊈박성화𓊉 𐪟 BOYFRIEND MATERIAL ⩩Where stories live. Discover now