[ current status ; complete! ]
Park Seonghwa ft. Han Yeolreum.
Dia mahu gadis itu bahagia dan dia mahu orang yang membuat gadis itu bahagia adalah dirinya sendiri.
⚠️ mengandungi typo dan bahasa
yang macam minta penampar online.
― ' no copycat zone...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌ The Secret We Share ⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌
Nah ni second update untuk korang 🕊
Selamat berbuka bagi yang berpuasa ❤
══❍ ❀ ❍══
" Kamu ni biar betul, Reum? Tak menyusahkan ke kalau eomma bermalam dekat sini? " Puan Han mengeluh buat kesekian kalinya.
Lengannya dipimpin oleh anak tunggalnya, mereka berdua melangkah menghampiri bingkai pintu sebuah bilik.
" Gwaenchana, eomma. Seonghwa dan yang lain suka eomma datang sini. Lagipun ini first time eomma datang sini. Mestilah diorang nak eomma tinggal sini lama. " Yeolreum berusaha untuk meyakinkan si ibu bahawa dia tidak mengganggu mereka dengan kedatangannya.
" Lagipun Mingi oppa rindukan eomma, eomma pun dah lama tak tengok dia. Mestilah dia suka kalau dia bangun esok pagi dan tengok eomma ada lagi dekat sini. " Tambah si gadis.
" Memang eomma rindukan Mingi. Tapi bermalam dekat sini melampaulah. " Keluh Puan Han lagi.
" Takpa! Apa kata esok eomma buatkanlah diorang roti sebagai cara untuk eomma hilangkan rasa bersalah eomma tu! Gwaenchana, Reum akan tolong eomma sekali. Eomma takkan keseorangan, Yeosangie oppa, Wooyoungie oppa, Seonghwa selalu turun awal untuk memasak. "
Akhirnya Puan Han mengangguk lemah, mengiyakan sahaja. Bersetuju setelah bersungguh - sungguh dipujuk oleh anaknya.
Tangan kiri Yeolreum memegang tombol pintu dan memulas serta menguak daun pintu bilik Seonghwa.
Bercakap tentang lelaki itu, dia pada ketika itu terlihat sedang sibuk mengemaskan katilnya. Mahu bagi bakal ibu mertua tidur atas katil sendiri, bukan, mestilah kena pastikan bersih!
" Ouh! Seonghwa! " Sapaan ibu Yeolreum, mengejutkan teman lelaki anaknya yang tidak menyedari kehadiran mereka.
" E-eo! Eomeonim! " Wajah risaunya sebentar tadi serta - merta digantikan dengan senyuman manis.
Anak - beranak Han menghampiri lelaki yang sedang melemparkan pandangannya ke arah katil, masih memeriksa sekiranya ada yang tidak kena.
" Eomma nak ucapkan terima kasihlah pada kamu sebab dah benarkan eomma bermalam dekat sini ya, Seonghwa. " Tangan anak gadisnya dilepaskan dan dia mencapai pula tangan Seonghwa.
" Aniya. Aniya, eomeonim. Saya yang patut berterima kasih pada eomeonim sebab sudi bermalam dekat sini. Eomeonim datang sini pun dah buatkan kami semua happy. Sekurang - kurangnya merasalah kami macam mana bila ibu sendiri yang datang menjenguk. " Tutur Seonghwa lembut. Sesekali dia melemparkan pandangannya ke arah Yeolreum yang sedang tersengih di belakang eommanya.