❀ 제 61 장 ❀

175 42 43
                                        

⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌When You Need Somebody⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌I Need Somebody┃DAY6

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌
When You Need Somebody
⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌
I Need Somebody┃DAY6

Assalammualaikum dan hai! Maaf sebab ambil masa yang lama untuk update. Chapter ni dah memang ada dalam draft cumanya tak update sebab banyak siapkan chapter untuk fanfic draft yang lain.

Since sekarang PKP, Yayan terfikir nak publish fanfic San tu tapi tak tahulah kalau ada yang nak baca ke tak and tak yakin sangat hiks 😭 tapi Yayan try publish nanti.

Hope enjoy dengan chapter kalini. Kalau still belum dengar lagu baru Ateez -  멋 The Real, better korang dengar cepat. Yayan dah addict 😭😍❤

Selamat membaca! 🌟

══❍ ❀ ❍══

Sepasang kaki mulai menunjukkan kegoyahannya namun pemilik kedua pasang kaki yang lemah itu tetap memaksa dirinya untuk terus berdiri. Sejak memasuki bilik pengetua hampir setengah jam yang lalu, Yeolreum langsung tidak bergerak ke mana - mana dan hanya berdiri sahaja di tepi dinding yang berada di sebelah pintu itu.

Raut wajahnya terlihat kosong walaupun air mata mencurah membasahi pipi. Gadis itu sedang menghukum dirinya sendiri dan ianya membuatkan pengetua Blue Crescent Highschool berasa risau akan keadaan anak muridnya.

Selain memaksa dirinya untuk terus berdiri, Yeolreum juga mencederakan tangannya dengan mencengkam jari - jemarinya menggunakan kuku. Kedua - dua belah tangannya penuh dengan kesan cakaran, lebam dan luka yang mengeluarkan darah. 

Tangan yang berkulit putih melepak itu sudah bercampuran warna.

Pedih, sakit, letih. Tetapi kesemua rasa itu masih tidak dapat menandingi perasaannya yang penuh dengan kecewa, marah dan sedih itu.

Seumur hidupnya, tidak pernah terlintas di fikiran yang dia akan melalui dugaan sebegini. Di mana semua orang berdiri di hadapannya dan menundingkan jari mereka padanya. Tanpa ada seorangpun yang menghampirinya dan meminta untuk mendengar penjelasan daripadanya.

" Yeolreum-ah, anjasseo. Ssaem rasa eomma kamu mungkin mengambil masa yang lama untuk sampai. " Pujuk lelaki yang berusia separuh abad itu.

Sudah tidak sanggup lagi untuk dia melihat pelajar itu menyeksa dirinya sendiri. Semuanya sudahpun terjadi, tiada apa lagi yang dapat mengubah perkara yang telah berlaku.

Sememangnya benar si gadis telahpun melakukan satu kesalahan yang sangat berat. Ianya bukan sahaja menyusahkan diri gadis itu dan dirinya. Malah seluruh pelajar gred 12 di sekolah itu turut merasakan impak atas perbuatannya. 

𒆜 𓊈박성화𓊉 𐪟 BOYFRIEND MATERIAL ⩩Where stories live. Discover now