[ current status ; complete! ]
Park Seonghwa ft. Han Yeolreum.
Dia mahu gadis itu bahagia dan dia mahu orang yang membuat gadis itu bahagia adalah dirinya sendiri.
⚠️ mengandungi typo dan bahasa
yang macam minta penampar online.
― ' no copycat zone...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌ Hari Graduasi ⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌
Assalammualaikum dan hai ❤ Maaf yayan mengambil sikit masa nak update sebab nak susun jalan cerita.
Harap - harap takdalah ya yang lari dari fanfic malay ke fanfic eng sebab yayan lambat update 🤣 gurau je sayang, jangan marah ❤
Pertama sekali, Yan nak ucapkan terima kasih untuk 5K votes fanfic ni. Walaupun lambat, yan nak celebrate juga 🐣
Apa ii pun, selamat membaca 🎯
══❍ ❀ ❍══
Hari berganti hari, bulan berganti bulan dan akhirnya tahun berganti tahun. Tahun baharu sudahpun tiba, begitu juga dengan hari graduasi Jongho dan Yeolreum yang semakin menghitung hari.
Tidak lama lagi, mereka berdua akan meninggalkan alam remaja dan memasuki alam dewasa. Untuk meraikan kesemua pelajar gred 12 sekolah tinggi Blue Crescent, warga sekolah sedang sibuk menyiapkan persiapan untuk hari bermakna itu.
" Yeolreum-ah. Hulurkan gunting tu dekat aku. " Chorong menyiku perlahan lengan Yeolreum yang sedang menggunting sehelai kadbod mengikut garis corak yang telah dilukis.
" Eh! Pahal diorang gunting macam ni? " Serbu Byul sambil meneliti kertas yang telahpun digunting namun corak guntingannya sangat buruk.
Mendengarkan kata - kata Byul, Yeolreum turut melihat setelah menghulurkan gunting yang diminta Chorong.
" Tadi Hoyoung, Yeonwoo semua tu yang tolong guntingkan benda ni. No wonderlah pelik kenapa diorang siap awal sangat. Sekarang ni, aku pun tengah repair balik apa yang diorang dah gunting ni. " Beritahu Yeolreum.
" Dahlah kalau nak buat balik dah tak sempat. Kita dengan ada banyak benda lagini. Mesin photostat pun ramai yang pakai. " Adu Chorong.
" Hoyoung? Diorang semua tengah berkumpul belakang stage, tengah main game. " Kata Byul sambil bercekak pinggang.
" Dah sah - sahlah diorang buat macam ni sebab nak cepat - cepat main game. " Tambah Chorong pula sambil mengeluh.
Kerja telah dibahagikan sama rata pada awalnya untuk mempercepatkan kerja namun kerja mereka bertiga semakin bertambah apabila budak - budak lelaki itu membuat kerja sambalewa.
Disuruh buat kerja, kerjanya bukannya susah. Hanya menyuruh menggunting lukisan mengikut garisan sahaja. Hasil kerja mereka ini, budak lima tahun pun boleh melakukannya dengan lebih baik.
" Ssaem! " Yeolreum menghentikan seorang guru lelaki yang sedang berjalan.