❀ 제 08 장 ❀

716 107 27
                                        

⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌Perasaan?⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌
Perasaan?
⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌

Close To Me┃Ellie Goulding, Diplo, Red Velvet

══❍ ❀ ❍══

Assalammualaikum dan hai! ❤ hope korang semua berada dalam keadaan yang sihat dan sentiasa dilindungi tuhan. 🌸

Hope korang sukalah chapter kali ni sebab chapter ni ialah chapter untuk first POV Seonghwa (kan?) ❤

Enjoy Your Reading!

══❍ ❀ ❍══

Park Seonghwa

Keluhan keluar dari bibirku apabila bilik tetamu yang berhabuk dan bersepah itu masih belum dapat dikemaskan walaupun jam sudah menunjukkan pukul 9 malam.

Aku berkira-kira mahu kemaskan bilik itu untuk Yeolreum tidur malam ini namun ia masih belum siap dikemas.

Semuanya angkara anak-anak bertuah dalam rumah ni yang suka sumbat barang-barang diorang dalam bilik ni memandangkan taknak semakkan bilik masing-masing. Tapi lihatlah sekarang, yang semaknya bilik tetamu ini.

Yeosang dan Wooyoung yang membantuku mengemas tadi, sudahpun terlentok lena di atas katil yang baru sahaja mereka kemas.

Vakum kecil berkuasa tinggi itu aku matikan suisnya dan aku letakkan ke tepi. Peluh sudah membasahi tubuh badanku.

Sarung tangan getah yang aku pakai, aku buka dan buang ke dalam tong sampah sebelum berjalan ke arah katil.

" Sang. Woo. Bangunlah. " Tubuh mereka aku gerakkan dengan perlahan, tidak mahu membuat mereka bangun secara mengejut.

" Emm? " Yeosang yang tersedar dari lenanya mulai menggeliat. Dari raut wajahnya, sememangnya jelas menunjukkan yang dia masih belum puas tidur.

" Pergilah masuk bilik, tidur. " Kataku padanya yang sedar menggosok mata.

" Habis tu, Yeolreum nak tidur mana? " Soalnya sambil memandangku.

" Tidur dalam bilik hyung je. Nanti hyung tidur bilik Hongjoong. " Dia mengangguk sebelum bangun dari katil. Yeosang keluar dari bilik tanpa berkata apa-apa.

" Woo. Yah! Woo! " Paha Wooyoung yang berseluar pendek itu aku tepuk kuat.

" Yah!! Sakitlah!! " Tanganku ditepis kasar olehnya.

Serentak dengan itu, dia bangun dari baringannya dan memandangku dengan tajam, geram kerana berasa sakit. Pahanya diusap.

" Pergi tidur dalam bilik. " Suruhku.

𒆜 𓊈박성화𓊉 𐪟 BOYFRIEND MATERIAL ⩩Where stories live. Discover now