[ current status ; complete! ]
Park Seonghwa ft. Han Yeolreum.
Dia mahu gadis itu bahagia dan dia mahu orang yang membuat gadis itu bahagia adalah dirinya sendiri.
⚠️ mengandungi typo dan bahasa
yang macam minta penampar online.
― ' no copycat zone...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Assalammualaikum dan hai! 🥰 ini Yayan dropkan update untuk korang semua yang tengha bercuti dan baru balik dari asrama ❤
Salam maal hijrah semua! 🥰 semoga tahun baru kita ni dapat keredhaan Allah SWT dan mendoakan hidup kita akan didatangi lebih banyak kebahagiaan berbanding penderitaan ❤
Kalini, boleh yayan dapatkan 20 votes pula? 😆❤
Insyaallah kita cuba ya? 🥰
Enjoy Your Reading! ❤
══❍ ❀ ❍══
❝ han yeolreum ❞
Waktu rehat sudahpun bermula, seperti pelajar lain, aku turut meninggalkan kelasku. Namun aku tidak terus ke kantin sebaliknya aku melencong ke taman sekolah. Aku tidak berasa begitu lapar, jadi aku berbuat keputusan untuk tidak makan.
Nasibku baik apabila terlihat sebuah kerusi batu yang berada di tepi kolam ikan sedang kosong. Segera aku melabuhkan punggung ke atasnya kerana tidak mahu diambil orang sebelumku.
Beberapa ekor ikan peliharaan pekebun sekolah sedang berenang - renang dengan riang di dalam air. Mereka hidup tanpa perlu memikirkan sebarang masalah dan hidup dengan riang.
Andaikan sahaja kita dapat hidup dalam dunia ni, tanpa perlu memikirkan apa - apa. Tapi, hidup juga tidak akan mempunyai makna apa - apa sekiranya kita hidup tanpa sebarang masalah.
Tiada apa - apa masalah yang sedang aku hadapi. Dan walaupun aku sedang berfikir tentang Mingi, dia bukanlah yang menjadi punca masalahku.
Seperti yang aku cakapkan, hidup ini tidak akan bermakna kalau langsung tidak fikirkan apa - apa.
Bunyi getaran telefon yang disetkan ke mood getaran, menyentakkanku dari lamunan. Tanganku segera menyeluk ke dalam poket jaket uniform sekolah dan mengeluarkan telefon bimbitku.
Nama pemanggil yang terpapar di skrin dibacaku. Choi Jongho. Serta - merta aku tersenyum. Tanpa menunggu lama, aku segera menjawabnya.
" Yeoboseyo? " Suara milik lelaki itu menyapaku.
" Nae, awak nak apa telefon saya ni? " Sengaja mengenakan nada sedikit marah kepadanya.
" Auw~ awak marah saya ke? " Dapat aku bayangkan, dia sedang memuncungkan bibirnya sekarang ini.
" Tak tahu. Fikirlah sendiri. " Masih bermain dengan nada.
" Auw~ kalau awak marah pun, awak marah saya sebab apa? " Haish! Gedik betul budak ni.
" Aik! Bukan awak dah tahu ke saya marah awak sebab apa? " Batu - batuan kecil yang berada di hujung kasut, aku sepak perlahan.
" Arasseo. Arasseo. Mianhae sebab tak datang sekolah. Lepas tu tak bagitahu awak. " Aku tersenyum puas.