[ current status ; complete! ]
Park Seonghwa ft. Han Yeolreum.
Dia mahu gadis itu bahagia dan dia mahu orang yang membuat gadis itu bahagia adalah dirinya sendiri.
⚠️ mengandungi typo dan bahasa
yang macam minta penampar online.
― ' no copycat zone...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌ We're In The Rain ⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌ She's In The Rain┃The Rose.
( Lagu The Rose always hit different 😭 comforting bila dengar 🥺 lyrics dia macam memujuk kita 🥺 rindu nak diorang comeback and buat lagu best - best lagi 😭💔 )
Jangan lupa spam comment bebanyak tau 🥺❤
Selamat membaca! 🌟
══❍ ❀ ❍══
Enjin kereta dimatikan setelah Puan Han memarkingkan keretanya di dalam pagar rumah.
Sejak kejadian tadi, anak - beranak itu langsung tidak membuka mulut untuk berbicara. Puan Han juga bersikap dingin terhadap gadis itu.
Dia meleraikan tali pinggang keledar yang melilit pinggangnya. Pintu kereta dibuka. Setelah mengambil barang - barangnya, wanita itu turun dari kereta meninggalkan Yeolreum yang terpinga - pinga.
Mata Yeolreum hanya mampu memandang pemergian eommanya itu. Sejujurnya dia katakan, tindakan itu benar - benar membuatnya terasa hati.
Yeolreum melepaskan tali pinggang keledarnya. Pintu kereta dibuka dan ditolak. Beg sekolah digalas ke bahu, dia masih lemah.
Dia terlalu penat sekarang ini sehinggakan tiada masa untuk meratapi apa yang telah berlaku. Dia hanya mahukan rehat, mengecas kembali kekuatan yang hampir kosong.
Pintu kereta milik ibu ditutup. Gadis itu melangkah longlai ke arah pintu rumah.
Matanya memandang sekeliling ruang tamu, kosong. Mungkin eommanya telahpun masuk ke dalam bilik untuk mengelakkan diri daripadanya.
Anak tangga rumah didaki dengan saki - baki tenaga yang tinggal. Dia akhirnya berjaya naik ke tingkat atas tidak lama itu.
Daun pintu yang tidak ditutup rapat ditolak. Gadis itu membolos masuk dan kembali menutup pintu biliknya. Pintu bilik dikunci.
Tidak ingin diganggu walaupun dia tahu tiada yang akan mengganggu dirinya pada ketika itu. Ibunya tidak akan mengganggu dirinya dan tiada orang lain akan mengambil kisah tentangnya kerana di rumah ini, mereka hanya berdua.
Beg sekolah yang digalas di atas bahu dijatuhkan ke lantai. Kasut sekolah yang tidak dibuka di hadapan pintu rumah tadi disepak - sepak sehingga tertanggal. Topi milik guru PE di sekolahnya itu dibuka dan dilemparkan ke atas katil.
Membiarkan semua barangnya berselerakan di atas lantai bilik. Katil yang sangat dirinduinya itu dipandang lama sebelum dia melompat ke atasnya.
Yeolreum baring di atas perutnya sendiri. Kepalanya ditoleh ke kanan. Tangan yang kebetulan berada di hadapan mukanya itu diteliti.