❀ 제 67 장 ❀

208 44 78
                                    

⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌Kebenaran

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌
Kebenaran...?
⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌

Assalammualaikum dan hai dan selamat malam 🦭 Since ada satu chapter dah siap, ni Yayan decide untuk update teruslah. Tapi satu chapter je eh 😭

Pasal fanfic San tu masa edit tu Ya Allah buruk betul penulisan 😌 biasalah cerita dah setahun en 🤾‍♂️ takpalah, Yayan try juga edit sebanyak yang boleh and publish terus je nanti.

Maybe fanfic tu chapter dia tak banyak macam fanfic ni. Dah trauma buat fanfic banyak chapter ni 😌 dahlah banyak sangat idea. Masa tengah edit cerita tu pun tiba - tiba keluar idea nak buat fanfic Yunho, ha sudah 😌

Tak sangka betul fanfic ni dah almost 4K 😭 I buat apa untuk deserve semua ni?! 😭💗

Selamat membaca! 💃🏻

══❍ ❀ ❍══

Hongjoong membuka pintu yang memisahkan ruang makan restoran dan ruang dapur. Di saat dia membuka pintu itu, dia melihat tukang - tukang masak sedang berperang dengan api untuk menyiapkan pesanan sajian pelanggan.

Tetapi itu bukanlah apa yang dia hiraukan. Sebaliknya, matanya ligat mencari akan kelibat seseorang yang tiada di ruang makan. Hongjoong ke situ pun kerana memikirkan orang yang dicarinya berada di dalam sana setelah puas mencarinya di luar.

Lelaki itu melangkah masuk ke dalam dapur. Staf - staf sibuk dengan tugas masing - masing sehingga tidak perasan kehadirannya di situ.

Ke hulu ke hilir dia pergi untuk mencari, tetapi tetap juga tiada. Hongjoong membuat keputusan untuk menghampiri ruang singki di mana semua pinggan mangkuk dibasuh.

Di saat dia menghampiri pintu, lelaki itu menghelakan nafas lega apabila belakang susuk tubuh kecil yang dicarinya, berada di dalam situ.

Dia mencapai apron yang tersangkut lalu dipakaikan pada tubuhnya berserta dengan sarung tangan getah berwarna merah jambu.

Matanya meliar memandang sebakul besar pinggan mangkuk di lantai. Keluhan perlahan dihembus

Kakinya perlahan - lahan dibawa merapati Minyoung yang masih tidak menyedari kehadirannya.

" Pinggan mangkuk banyak yang perlu dibasuh, tapi kenapa awak seorang je yang buat semua kerja ni? "

Sergahannya mengundang reaksi terkejut daripada Minyoung. Terkejut dirinya melihat majikannya masuk sehingga ke dalam tempat yang kotor ini.

" E-eo..? Ah... Kerja ni mudah je jadi saya buat seorang diri je. " Senyuman nipis diukirkan pada lelaki itu.

Pandangannya segera dilarikan pada pinggan yang dibasuhnya semula. Tidak berani untuk menatap wajah lelaki itu lama - lama.

𒆜 𓊈박성화𓊉 𐪟 BOYFRIEND MATERIAL ⩩Where stories live. Discover now