====================
If Without You
Ateez
====================Ini double updatenya untuk korang, harap enjoy! 🥰❤
══❍ ❀ ❍══
" Buat apa dekat situ tadi? Bukan awak kata kemungkinan awak balik malam ke? " Yeolreum bertanya.
Genggaman pada tangan Seonghwa dieratkan. Mereka berdua membuat keputusan untuk bersiar - siar berdekatan kawasan sekolah Yeolreum memandangkan gadis itu masih belum mahu pulang.
" Takkanlah saya sanggup nak tunggu lama - lama dekat rumah appa saya bila Yeolreum saya ni terpaksa balik seorang diri. " Kata - kata lelaki itu membuatkan Yeolreum tersenyum gembira.
" Apa salahnya. Awak dan Hongjoong oppa sendiri jarang balik rumah appa korang. Mestilah dia rasa sunyi bila anak - anak lelaki dia yang kacak ni langsung tak datang jenguk dia. "
Mata gadis itu jatuh memandang tangannya yang dipegang erat oleh teman lelakinya itu. Setiap kali dia melihatnya, dia berasa sangat gembira.
Rasanya itu merupakan kali pertama... Mungkin mereka berpegangan tangan walaupun pertemuan itu tidak dijanjikan namun baginya mereka bagaikan sedang keluar bertemu janji.
" Memang betul pun. Hongjoong dengan saya jarang balik ke rumah. Appa pun dah lama hidup seorang diri, mestilah dia rasa sunyi. Hongjoong dengan saya nak je dia tinggal sekali dengan kitorang, tapi dia sendiri taknak. "
" Biasalah. Macam dengan eomma saya, kalaulah saya ni tinggal dengan kawan - kawan saya, dia sendiri pun takkan setuju nak tinggal sekali kalau saya ajak pun. Diorang taknak susahkan anak - anak untuk tanggung diorang. Tapi setiap kali kita teringat dan balik berjumpa dengan diorang, itupun dah cukup buat diorang rasa gembira. " Kata - katanya dipersetujui lelaki itu.
" Sebenarnya tadi saya dah bagitahu dekat Jongho suruh dia bagitahu awak yang saya akan ambil awak balik sekolah sebab saya balik awal. Dia tak bagitahu ke? " Lelaki itu memandang ke arah teman wanitanya.
" Oh ya! Tadi waktu rehat dia ada telefon saya. Mungkin waktu tu dia ada bagitahu, tapi tadi ada orang 'sapa' saya, tu yang tak dengar tu. " Seonghwa mengangguk faham.
" Jongho pun ada cakap tadi kenapa dia tak datang sekolah. Dia dan yang lain pergi restoran? "
" Ye, tadi diorang pergi ke restoran sebab ada hal yang berlaku dekat sana kebelakangan ni. Pendapatan jualan menurun walaupun pelanggan ramai seperti biasa dan ada kes curi resipi yang saya buat. " Seonghwa berterus - terang.
" Macam manalah boleh sampai ada kes curi tu? " Yeolreum bertanya lagi.
" Biasalah. Kitorangkan ambil pekerja dan kemudian ajar resipi - resipi yang sememangnya diguna sejak dari mula restoran tu dibuka. Dan bila ada yang berhenti kerja untuk kerja di restoran lain, sebab tulah kes kecurian resipi boleh jadi. " Gadis itu akhirnya mengangguk faham.
YOU ARE READING
𒆜 𓊈박성화𓊉 𐪟 BOYFRIEND MATERIAL ⩩
Fanfiction[ current status ; complete! ] Park Seonghwa ft. Han Yeolreum. Dia mahu gadis itu bahagia dan dia mahu orang yang membuat gadis itu bahagia adalah dirinya sendiri. ⚠️ mengandungi typo dan bahasa yang macam minta penampar online. ― ' no copycat zone...