[ current status ; complete! ]
Park Seonghwa ft. Han Yeolreum.
Dia mahu gadis itu bahagia dan dia mahu orang yang membuat gadis itu bahagia adalah dirinya sendiri.
⚠️ mengandungi typo dan bahasa
yang macam minta penampar online.
― ' no copycat zone...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌ Sticky Note ⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌
Assalammualaikum dan hai! 🌟 Welcome back to a new chapter~
Semoga korang sukakan chapter ni. Jangan segan - segan untuk vote and comment. Yayan akan cuba reply semua comment, insyaallah. (Act tak tahu nak gelak diri as Yayan or aku sebab tak sure korang prefer mana. But to me, dua - dua pun okay 🤺)
Selamat Membaca! 💣
══❍ ❀ ❍══
Kelas 12-B pada waktu itu meluangkan masa mereka dengan mengulang kaji. Guru - guru pada hari itu kekurangan sehinggakan beberapa pelajaran tidak dimasuki guru.
Ada yang mengulang kaji secara beramai - ramai dan ada juga yang mengulang kaji bersendirian seperti Yeolreum.
Dia dapat menenangkan sedikit fikirannya setelah datang ke sekolah dengan menaiki bas tadi. Tidak sia - sia dia buat keputusan sebegini.
Getaran telefon bimbit yang berada di dalam poket jaket uniformnya, menjedakan gadis itu seketika.
Pen yang dipegang dijatuhkan ke atas buku rujukannya. Tangannya diselukkan ke dalam poket, mengeluarkan telefon yangasuh bergetar itu.
Nama yang tertera pada skrin pemanggil itu membuatkan Yeolreum memandangnya lama.
Panggilan itu langsung tidak diangkat tetapi tidak pula dia menolak panggilan itu.
Setelah lama berdering, akhirnya panggilan itu dimatikan dari hujung talian.
Bibirnya dikemam. Serba salah dengan tindakannya. Namun segera ditepis.
Tunggulah sehingga dia selesai dengan peperiksaannya dan ketika itulah dia akan fikir semula tentang ini.
Skrin telefon kembali gelap. Gajet itu dimasukkan semula ke dalam poket dengan keluhan berat yang panjang.
" Areum-ah. "
Gadis itu mendongakkan kepalanya apabila namanya dipanggil. Terlihat seorang classmatenya sedang berlari anak masuk ke dalam kelas dan meluru ke arahnya.
" Waeyo? " Sahutnya, hairan.
Seatmatenya yang bernama Hong Jungjin itu tidak berkata apa - apa, sebaliknya melekatkan sehelai sticky note di atas mejanya.
Yeolreum mengerutkan dahinya dan membaca isi yang ditulis pada kertas kecil itu.
" Siapa yang bagi dekat kau? " Yeolreum bertanya.
Jongketan bahu Jungjin membuatkan dia lebih ingin tahu siapa yang memberikan sticky note itu kepadanya.
" Molla. Aku pun dapat dari orang lain yang sepatutnya hantar benda ni dekat kau. Bila nampak aku je, terus diorang minta tolong. Takda pula aku sempat tanya siapa yang bagi. " Terang lelaki itu.