[ current status ; complete! ]
Park Seonghwa ft. Han Yeolreum.
Dia mahu gadis itu bahagia dan dia mahu orang yang membuat gadis itu bahagia adalah dirinya sendiri.
⚠️ mengandungi typo dan bahasa
yang macam minta penampar online.
― ' no copycat zone...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌ Seonghwa's House ⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌
Second update 🤭
Selamat membaca! 🍓
══❍ ❀ ❍══
Yeonwoo berlari sambil melantunkan bolanya ke lantai. Matanya liar memerhati dan mencari rakan sepasukannya.
Sebaik melihat Jongho yang kelihatan bersedia menerima bola, dia menghantar bola kepada lelaki itu. Membiarkan Jongho pula menguruskan bola.
Yeonwoo beralih sebentar memandang ke arah papan LED yang sedang memaparkan mata yang telah dikumpul oleh pasukannya dan pasukan lawan. Pasukan sekolahnya mendahului.
Masa perlawanan sudah hampir berakhir, hanya tinggal dua minit sahaja lagi sebagai masa tambahan.
Dia kini beralih memandang huru - hara yang berlaku apabila Jongho yang memegang bola tadi, kini menghantar bola pula pada ahli pasukan mereka yang lain untuk membiarkan lelaki itu menjaringkan gol terakhir mereka untuk membuka jarak yang lebih besar dalam mata mereka.
Saat yang mendebarkan ini, berlalu dengan sangat pantas, pasukan sekolah mereka berjaya menjaringkan gol dengan mengumpul 3 mata terakhir.
Bunyi wisel yang ditiup panjang melahirkan perasaan bercampur pada para pemain yang berlawan dalam perlawanan itu. Kecewa dan gembira.
Pasukan Bola Keranjang Blue Crescent High School bersorak gamat meraikan kemenangan mereka. Ahli - ahli pasukan berlari mengejarkan ahli mereka yang berjaya menjaringkan mata akhir tadi.
Mereka berpelukan secara berkumpulan sambil mengelilingi pemain itu. Dan kemudiannya dia diangkat lalu dilambungkan ke udara beberapa kali.
Minggu perlawanan mereka telahpun berakhir. Setelah bertungkus - lumus mengalahkan pasukan demi pasukan hebat dari sekolah lain dalam dua acara beberapa hari lepas, akhirnya harini mereka telah berjaya merangkul gelaran juara pada tahun itu.
Ini merupakan kenangan terbaik untuk tahun terakhir mereka pada tahun ini. Sebelum masing - masing membawa diri ke kolej atau universiti, alam meningkat dewasa yang lain.
Jongho dan rakan - rakan sepasukannya melangkah keluar dari gelanggang menuju ke tempat di mana barang - barang mereka diletakkan. Dan di situ juga terdapat jurulatih mereka yang menyambut mereka dengan senyuman girang.
Jongho merangkul bahu Seyoon yang terseliuh semasa di perlawanan tadi dan terpaksa keluar dan digantikan dengan Hoyoung. Sebelum dia dikeluarkan, Seyoon berjaya menjaringkan gol untuk beberapa mata.
( Yayan just tahu player ada lima je, jadi untuk position tu buat - buat tahu jelah 👀 )
" Aku dah boleh study dengan aman lepas ni. " Captain mereka bersuara smabil menghembus nafas lega.