[ current status ; complete! ]
Park Seonghwa ft. Han Yeolreum.
Dia mahu gadis itu bahagia dan dia mahu orang yang membuat gadis itu bahagia adalah dirinya sendiri.
⚠️ mengandungi typo dan bahasa
yang macam minta penampar online.
― ' no copycat zone...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌ Janji Yang Dimungkiri ⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌ T
o My Youth┃BOL4
══❍ ❀ ❍══
Assalammualaikum dan hai! ❤ salam bersahur!! 🙈
Maaflah kalau chapter lepas tak memuaskan. Rasa macam ada je ayat dia yang pelik 😂
Jangan lupa baca apa yang Yayan nak cakap dekat the end of the chapter ❤
Selamat membaca! 💕
══❍ ❀ ❍══
" Happy birthday to you. Happy birthday to you. Happy birthday to Han Yeolreum, happy birthday to you!! " Ruang tamu itu riuh dengan nyanyian lagu hari lahir kepada Yeolreum.
Usai nyanyian tamat, Yeolreum menggenggam kedua-dua belah tangannya lalu dekatkan pada dadanya. Mata dipejam dan dia mula membuat permintaan, berharap agar permintaannya dimakbulkan.
Tepukan gemuruh dari Puan Han, Encik Han dan Mingi menyelubungi segenap ruang tamu rumah mereka apabila Yeolreum selesai membuat upacara meniup lilin.
Bibirnya mengukirkan senyuman apabila melihat wajah gembira tiga orang insan yang disayanginya itu. Dia berasa sangat terharu apabila mereka bertiga sanggup menyediakan kek untuknya.
Dia menoleh ke arah Mingi yang sejak tadi tersenyum lebar, gembira dapat menyambut hari lahirnya. Dia benar-benar berterima kasih kepada lelaki itu.
Manakan tidak, setelah mendengar perbualan ibu bapa Yeolreum yang mengatakan tiga hari lagi Yeolreum akan menyambut hari kelahirannya, dia segera berbincang dengan ibu bapa si gadis untuk mengadakan sambutan buat si gadis.
Lelaki itu mahu membuat sesuatu yang istimewa untuk gadis yang disukainya memandangkan itu merupakan tahun pertama mereka menyambut hari lahir si gadis.
Encik Han mencabut lilin yang masih ada di atas kek lalu diletak ke tepi. Kamera yang sejak tadi disedianya, dihidupkan.
" Yeolreum, Mingi. Kamu berdua potonglah kek tu, appa nak ambil gambar kamu berdua. " Mintanya. Dia membetulkan posisi kameranya untuk menangkap gambar yang cantik dan jelas.
Tanpa membantah, Yeolreum menarik tangan kanan Mingi lalu diletakkan ke atas tangan kanannya yang sedang memegang pisau pemotong kek.
Potongan dibuat pada kek dan Encik Han telah mengambil sekeping gambar mereka. " Pandang sini. " Arahnya.