❀ 제 13 장 ❀

714 104 25
                                        

⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌Mengenali Awak⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌
Mengenali Awak
⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌

══❍ ❀ ❍══

Assalammualaikum dan hai! Hope semua berada dalam keadaan yang sihat dan sentiasa dilindungi tuhan ❤

First of all, nak ucap terima kasih untuk 2K reads dan 500+ votes! 😆❤

Dan maaflah sebab jarang update. Lately ni busy. Yelahkan, letih dengan sekolah 😭

Apa - apa pun, hope korang enjoy dengan chapter kalini ❤

══❍ ❀ ❍══

Bagaikan tidak sangka masa berlalu dengan begitu pantas. Hampir seminggu Yeolreum tinggal bersama-sama dengan Seonghwa dan rakan-rakannya.

Hari ini, dia sudah terpaksa pulang ke rumahnya sendiri dek kerana eommanya yang sudahpun pulang daripada melawat neneknya yang sakit di kampung.

Sungguh berat hati Yeolreum dan ketujuh-tujuh lelaki itu untuk berpisah daripada satu sama lain kerana sudah terlalu selesa tinggal bersama-sama walaupun begitu sekejap sejak mereka mula bertemu.

Keakraban yang semakin erat hari demi hari membuatkan mereka begitu sedih untuk berpisah. Bimbang jikalau mereka tidak akan lagi bertemu satu sama lain. Apatah lagi kehadiran gadis itu ibarat penyeri rumah lelaki-lelaki bujang itu.

Pada pagi itu, Seonghwa bagaikan bukan dirinya. Duduk mendiamkan diri dan tidak bercakap banyak. Yeolreum tidak tahu apa puncanya lelaki yang lebih tua itu berdiam diri.

" Awak. " Yeolreum memanggil Seonghwa sebaik sahaja melihat dia melangkah masuk ke dalam bilik.

" Hmm? " Sahutnya perlahan.

" Saya nak pinjam baju? " Dengan berhati-hati Yeolreum bertanya, tidak mahu mengejutkan lelaki itu.

" Oh, ne! Saya lupa. " Segera dia ke almari pakaiannya dan mengeluarkan sehelai hoodie kepunyaannya dan sehelai track suit yang bersaiz kecil.

" Nah. Awak mandilah dulu, saya akan mandi kemudian. " Seonghwa menyerahkan pakaian itu sebelum berlalu ke balkoni.

Tanpa banyak menyoal, Yeolreum melangkah ke bilik air dan mula membersihkan diri dengan hati yang berbelah bahagi.

Gembira untuk pulang ke rumahnya namun sedih untuk meninggalkan semua penghuni rumah yang telahpun menjaganya dengan baik selama dia berteduh di sini.

══❍ ❀ ❍══

Sebaik sahaja Seonghwa membersihkan dirinya, dia turun ke bawah sedikit lewat kerana Yeolreum mahu menyiapkan sarapan untuk mereka buat kali terakhir.

Langkah dituju ke ruang meja makan. Semuanya sudah siap berada di meja makan dan hanya menunggu dirinya sahaja untuk bersarapan.

𒆜 𓊈박성화𓊉 𐪟 BOYFRIEND MATERIAL ⩩Where stories live. Discover now