❀ 제 23 장 ❀

482 70 76
                                    

Beautiful Time|NCT DreamBetter|AteezLight|AteezThank U|Ateez

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Beautiful Time|NCT Dream
Better|Ateez
Light|Ateez
Thank U|Ateez

※ lagu - lagu ni ada lirik - lirik yang sesuai dan comel didengari kalau baca part diorang bertujuh ada dengan Yeolreum sambil dengar lagu ni. ※

══❍ ❀ ❍══

Assalammualaikum dan hai! 🌼

First of all, Yayan nak ucap jutaan terima kasih untuk korang yang sudi spam comment di chapter lepas. 🙏❤

Happy dia tuhan saja yang tahu. Gigih Yayan cuba untuk tak miss mana - mana comment korang, but masih ada yang Yayan miss Yayan nak minta maaflah, ya? 😁

6 comments untuk chapter ni, boleh 😣💓

Papepun, selamat membaca! 💕

══❍ ❀ ❍══

❝ han yeolreum ❞

Pinggan terakhir yang selesai dilapku, disusun ke rak pinggan bersama-sama dengan deretan pinggan yang telah siap dilap kering olehku. Tuala kecil yang digunakan untuk mengelap pinggan yang basah tadi aku sidaikan ke atas ampaian kecil di tepi singki.

Langkahku atur keluar dari ruang dapur dan mendekati ruang tamu yang dipenuhi mereka bertujuh. Aku memerhatikan Yunho oppa dan Wooyoung oppa yang bersandar malas pada sofa sambil tidak henti-henti mengeluh.

Aku melabuhkan punggungku di sofa panjang bersebelahan dengan Seonghwa yang berada di tengah-tengah aku dan Yeosang oppa.

Satu persatu wajah mereka aku perhatikan. Masing-masing sememangnya sedang kebosanan, langsung tidak mempunyai idea ingin berbuat apa untuk menghilangkan bosan pada waktu petang itu.

Berlainan denganku, seandainya aku mempunyai masa pada waktu petang, aku akan mencuba sesuatu yang terbaharu atau yang mengikuti trend. Asalkan ianya seronok dan mengisi masa lapang, sememangnya aku akan cuba.

Tanpa membuat mereka perasan, aku membangkitkan tubuhku dari sofa dan berlari anak untuk naik ke bilik Seonghwa. Plastik putih yang bercopkan jenama sebuah kedai, aku capai sebelum melangkah turun semula ke bawah.

Sebenarnya aku ada menyinggah ke sebuah kedai peralatan menulis semasa berada di pusat beli-belah tadi selepas selesai membeli barang bersama mereka berdua untuk mencari sedikit barang sekolah bersama.

Dan secara tidak sengaja, aku turut membeli sesuatu yang menjadi trend terkini untuk menghilangkan bosan. Memikirkan yang aku akan mencubanya setelah pulang ke rumahku nanti.

Tetapi, rasanya tidak salah aku mencubanya bersama-sama dengan mereka. Memandangkan mereka sendiri berasa bosan.

Tangga terakhir selamat dituruniku. Aku mendekati meja yang berada di tengah-tengah ruang tamu yang dikelilingi dengan sofa itu. Plastik putih itu aku letakkan di atas meja.

𒆜 𓊈박성화𓊉 𐪟 BOYFRIEND MATERIAL ⩩Where stories live. Discover now