❀ 제 66 장 ❀

186 41 41
                                    

⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌Trust Or Loyalty?⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌Black Rose┃The Rose

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌
Trust Or Loyalty?
⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌
Black Rose┃The Rose

Nah, satu lagi kasih sayang, lepas ni dah takda dah kasih sayang 😝 nak kena type lagi tapi bukan sekarang 💃🏻

Happy 23K! 🥳🎊💗

Terima kasih untuk semua yang dah setia dengan Yayan yang sampai ke chapter ni. Yayan hargai kehadiran semua yang masih ada dengan yayan sampai sekarang 😭❤

Selamat membaca! 📢

══❍ ❀ ❍══

Suis mesin basuh dihidupkan oleh Yeolreum. Sebakul baju kotor yang dibawa keluar dari biliknya dimasukkan ke dalam mesin bersama - sama dengan sabun serbuk pencuci dan pewangi pakaian.

Penutup mesin ditutup semula dan dia mula menekan butang on pada permukaan mesin basuh itu dan butang mula untuk membiar mesin automatik itu mula mencuci pakaiannya.

Bakul pakaian kotor yang kosong diletakkan bersebelahan mesin sebelum Yeolreum berjalan keluar dari ruang kosong yang menempatkan mesin basuh dan bahan cucian pakaian serta tempat di mana mereka mengeringkan pakaian di dalam rumah.

Termasuk hari ini, sudah beberapa hari berlalu sejak insiden yang berlaku di sekolah. Walaupun memori itu sentiasa bermain di fikirannya namun dia masih dapat mengawal emosinya.

Seonghwa sangat rajin menghantar pesanan padanya untuk memastikan dia sentiasa berada dalam keadaan yang baik. Begitu juga dengan Jongho.

Memang terlalu awal untuk dia berasa okay tetapi dia sememangnya sudah semakin baik.

Menghabiskan sehari suntuk di dalam rumah agak membuatkan dia berasa sunyi dan bosan namun tidak pula dia ingin ke luar.

Ingin ke sekolah pula, dia masih dalam tempoh digantung sekolah keran kes ini masih belum selesai. Jika dia dibenarkan ke sekolah pun, belum tentu Yeolreum akan berani untuk pergi.

Dia masih malu dengan apa yang berlaku dan tidak bersedia untuk menerima kutukan dan hinaan dari pelajar - pelajar di sekolahnya. Dengan duduk di rumah sahaja Yeolreum dapat melarikan dirinya daripada semua itu.

Namun semasa duduk di rumah juga, Yeolreum terpaksa berhadapan dengan satu lagi tomahan. Puan Han masih memulaukan dirinya dan melayannya seperti tidak wujud di rumah itu.

Jujur Yeolreum katakan, setiap kali dia dilayan sebegitu, jauh di sudut hatinya dia berasa sedih dan tersangat kecewa. Berasa berdosa setiap kali dia dilayan seperti debu - debuan yang berterbangan di udara.

Kedua kakinya melangkah lurus ke arah tangga. Gadis itu tersentak tatkala melihat wajah ibunya yang sedang menuruni tangga.

Wajah wanita yang kebiasaannya sentiasa dihiasi dengan senyuman manis yang menyerikan wajahnya, tidak lagi menghiasi wajah manisnya. Terasa bagai sesuatu yang sangat penting hilang setiap kali Yeolreum melihat wajah itu.

𒆜 𓊈박성화𓊉 𐪟 BOYFRIEND MATERIAL ⩩Where stories live. Discover now