❀ 제 03 장 ❀

909 154 60
                                    

⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌Everything's Gonna Be Okay⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌심표 (Comma,)┃N

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌
Everything's Gonna Be Okay
⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌
심표 (Comma,)┃N.Flying

══❍ ❀ ❍══

Assalammualaikum dan hai! Hope korang semua berada dalam keadaan sihat dan sentiasa dilindungi tuhan. ❤

Hope chapter ni memuaskan sama macam chapter yang lain! ❤

Enjoy Your Reading! ✨

══❍ ❀ ❍══

Di dalam sebuah wad persendirian, Yeolreum terbaring lemah di atas katil hospital. Bunyi mesin denyutan jantung yang berdetik memenuhi ruang yang sunyi. Pelembap udara memenuhi ruang wad.

Kelopak mata gadis itu perlahan-lahan terbuka menandakan dia sudahpun sedar. Matanya bergerak perlahan memandang siling putih yang tidak pernah dilihatnya.

Dia di hospital?

Otaknya cuba mencerna semula apa yang telah terjadi. Dan dia berjaya mengingati semula kejadian di mana Haeun dan rakan-rakannya mengerjakan dirinya.

Tanpa dia sedar, dia turut mengingati video yang ditunjukkan Haeun. Air matanya gugur secara tiba-tiba. Matanya dipejam lama, cuba untuk mengusir perasaan itu pergi. Namun semakin dia ingin melupakannya, semakin berlegar-legar video itu di fikirannya.

Dengan mengumpul saki-baki kudrat, Yeolreum membangkitkan dirinya dari baringan secara perlahan-lahan.

Tubuh yang lemah, disandarkan pada kepala katil yang berlapikkan bantal. Sekali lagi dia memandang ke arah sekeliling untuk melihat keadaan wad yang didudukinya.

Air mata yang mengalir tadi, disapunya lembut. Dia melihat tangannya yang disuntik oleh jarum dan kini dia sedang dimasukkan IV drip ke dalam badannya melalui jarum yang disuntik ke belakang tapak tangannya.

Ruang wad yang kosong itu, menambahkan lagi tanda tanyanya. Siapa yang membawanya ke hospital dan siapakah yang menyelamatkannya?

Seketika telefon bimbit miliknya berdering. Pantas Yeolreum memandang ke arah sisi kanannya di mana telefon bimbitnya diletakkan di atas meja sisi katil itu.

Tangannya yang disuntik itu, perlahan-lahan diangkat dan mencapai telefon bimbitnya.

Panggilan daripada eommanya. Teragak-agak dia ingin menjawab namun pada akhirnya, dia menjawabnya juga kerana tidak mahu merisaukan eommanya.

" Hello? " Sapa Yeolreum.

" Reum-ah. Ni eomma ni. Eomma nak cakap yang eomma terpaksa balik kampung sebab nak tengok halmeoni. " Suara eommanya kedengaran tergesa-gesa seperti sedang risau akan sesuatu, membuatkan dahinya berkerut.

𒆜 𓊈박성화𓊉 𐪟 BOYFRIEND MATERIAL ⩩Where stories live. Discover now