❀ 제 64 장 ❀

199 41 50
                                    

⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌Siapa Yang Buat?⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌
Siapa Yang Buat?
⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌

Nah, Yayan update second chapter sebagai tanda kasih sayang HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA

Selamat membaca! 🦭

══❍ ❀ ❍══

Jongho menghelakan nafas kesalnya buat kesekian kalinya. Matanya tidak dapat dikalihkan daripada memerhati tangan Yeolreum yang diubati oleh Yeonwoo.

" Kenapalah awak buat macam ni, Yeolreum? Saya tahu awak sakit tapi cubalah jangan sakitkan diri sendiri. " Marahnya, mungkin lebih kepada berasa kesal.

" Saya bukannya sengaja cederakan diri. Tapi... " Keluhan keluar dari mulutnya saat dia tiada alasan untuk diberikan kepada Jongho.

" Kalau Hwa hyung tahu ni, risau dia nanti. " Rungut lelaki itu.

Gadis itu mengalihkan pandangannya daripada melihat tangannya yang dirawat itu dan memandang rakan baiknya itu.

Senyuman diukirkan di bibir. " Kalau macam tu, tak payahlah bagitahu Hwa. Rahsiakan perkara ni dari hyung awak. "

Yeolreum mengangkat tangan kanan yang dibalut kemas oleh Yeonwoo dengan kain anduh dan menundingkan jari telunjuknya di bibir, menyuruh agar Jongho mendiamkan dirinya tentang hal ini di hadapan Seonghwa.

Rakan Jongho itu membalut tangannya sehingga ke pergelangan tangan. Mujurlah jari - jemarinya masih boleh digerakkan walaupun susah.

" Haish! " Dengus Jongho.

" Yeolreum-ah. Jangan lupa tukar kain anduh ni sebelum mandi. Risau pulak kalau kotor dan berbau. " Pesan Yeonwoo tatkala dia hampir selesai membalut tangan kiri gadis itu.

" Omo! Harini saya belum mandi lagi pun sejak balik dari sekolah tadi. "

Secara spontan Yeonwoo melangutkan kepalanya memandang si gadis yang sedang berpura - pura terkejut itu.

" Kau tak nampak ke dia pakai hoodie ssaem sejak daripada pagi tadi? " Tegur Jongho.

" Habis tu, macam mana awak nak mandi kejap lagi? " Lelaki itu mengerutkan dahinya.

" Tak payah mandilah, senang. "

Ahn Yeonwoo menggeleng - gelengkan kepalanya. Tidak percaya dengan apa yang dia dengar.

" Tak malu ke awak ni, Yeonwoo dengar tu? " Cebik Jongho.

" Kenapa pulak nak malu, Yeonwoo kawan awak, maknanya dia kawan saya jugalah. " Yeolreum menjeling ke arah lelaki itu.

" Arasseo. Arasseo. Dah siap dah. " Yeonwoo menepuk tangannya sebelum mencubit pipi gadis itu.

Walaupun mereka sebaya namun gelagat gadis itu seperti adiknya yang baru di gred 10. Kerana itulah dia melayan si gadis seperti kanak - kanak remaja.

𒆜 𓊈박성화𓊉 𐪟 BOYFRIEND MATERIAL ⩩Where stories live. Discover now