[ current status ; complete! ]
Park Seonghwa ft. Han Yeolreum.
Dia mahu gadis itu bahagia dan dia mahu orang yang membuat gadis itu bahagia adalah dirinya sendiri.
⚠️ mengandungi typo dan bahasa
yang macam minta penampar online.
― ' no copycat zone...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌ Peredaran Masa
⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌ Twilight┃ATEEZ Aurora┃ATEEZ Stay┃ATEEZ Promise┃ATEEZ ( Makin banyak pula lagu sweet yang aku jumpa sksksks )
Assalammualaikum dan hai! 💗 Yayan fikir since Yayan dah habis type chapter ni tadi, baik Yayan publish terus. Malas pula nak tangguh since dah over-confident dengan chapter ni 😌
Yayan tengok ada new readers yang start baca fanfic ni, selamat berkenalan dan selamat datang ke dunia fantasi ciptaan Yayan *ajak Yeosang twerk*.
Semoga korang sukakan fanfic ni walaupun penuh dengan kacau - bilau, ketypoan dan kehanatan fanfic ni 💃🏻❤
Selamat membaca! 💗
══❍ ❀ ❍══
Pintu bilik Seonghwa ditutup di saat Yeolreum menjadi orang terakhir yang memasuki ruangan itu. Yeolreum melepaskan beg sekolahnya dari bahu dan meletakkan ia ke atas sebuah kerusi di mana Seonghwa meletakkan beg kerjanya.
Lelaki itu masih tersenyum lebar walaupun dia tidak lagi ketawa. Setiap kali dia memikirkan tentang hal yang berlaku tadi, dia benar - benar berasa geli hati dan berasa gembira.
" Awak ni! Tak habis lagilah tu! " Senyuman terukir manis di bibirnya menggantikan wajah berkerutnya di saat melihat Seonghwa kelihatan sangat gembira itu.
Lelaki itu mula menanggalkan blazer yang dipakainya bersama dengan waistcoatnya. Tali leher yang terlilit seharian di kolar kemeja turut dilonggarkan sebelum ditanggalkan.
Teman wanitanya hanya memerhatikan dirinya sahaja yang mula menanggalkan pakaian yang berlapis - lapis itu.
" Awak sedar tak yang awak hutang something dengan saya? "
Soalan daripada Yeolreum membuatkan Seonghwa mengerutkan dahinya. Dia melangutkan kepalanya, cuba memikirkan apa 'hutang'nya dengan Yeolreum.
" Hutang? Saya ada hutang apa dengan awak? " Tanyanya kembali.
Wajah teman wanitanya yang dilihat sambil menjongketkan sebelah keningnya. Menantikan jawapan yang akan keluar daripada mulut gadis itu.
" Awak tak cerita pun dekat saya lagi semua benda pasal PUAN Yeeun tu. Bila saya tanya pasal dia haritu, awak mengelak, cakap awak perlukan masa untuk bagitahu saya semua pasal dia dan saya tunggu sampai sekarang untuk tahu apa yang berlaku tapi awak pula yang buat senyap. " Gadis itu mula membangkitkan topik yang telah lama dia tidak timbulkan.
Semuanya kerana dia ingin memberi masa kepada Seonghwa untuk berfikir. Dia beri terlalu banyak masa kepada teman lelakinya untuk menceritakan semua perkara sehingga pada satu tahap dia sendiri mensalah takrif dan membuat kesimpulannya sendiri yang Seonghwa cuba sembunyikan sesuatu daripadanya.