❀ 제 37 장 ❀

304 50 158
                                        

⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌Rahsia Jongho⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌
Rahsia Jongho
⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌

Hai assalammualaikum, atiny. 😊
Yayan dropkan untuk korang khas memandangkan harini birthday kita semua ❤

Yayan nak cakap pada korang, terima kasih kerana lahir menjadi diri korang yang tersendiri. Mungkin bagi korang, korang tak sehebat orang yang korang rasa hebat, tapi tahulah yang kita ni sangat unik dengan cara kita tersendiri. Yayan doakan korang semua sentiasa sihat dan sentiasa dilindungi tuhan 🥰❤

“ Thank you for being born and living as you are ❤ ”

Selamat membaca! ❤

══❍ ❀ ❍══

❝ han yeolreum ❞

Telefon bimbit yang baru sahaja berdenting aku cari di sekeliling katil. Aku sendiri lupa di mana aku meletaknya. Sehinggalah aku teringat semula di mana kali terakhir aku melihatnya.

Di meja sisi katil sebelah Seonghwa. Namun, telefon itu tidak berada di situ tetapi ada di tangan Seonghwa sendiri.

" Mingi? " Aku segera merebut telefon itu dari tangannya.

Pantas aku membuka ruang perbualanku dengan Mingi tanpa mempedulikan Seonghwa yang cuba untuk mengintai. Sememangnya tadi aku ada berbalas mesej dengan Mingi yang bertanya khabarku.

Song Mingi

; Saya sihat je.

; Awak tengah buat apa? Belajar ke berehat?

" Untuk apa dia mesej awak? " Soalan Seonghwa menghentikan jariku yang sedang menaip. Aku menoleh sebentar ke arahnya. Riak wajahnya jelas menunjukkan yang dia kurang sennag melihat aku dan Mingi masih berhubung.

" Dia tu orang yang saya dah lama kenal. Takkanlah saya nak putuskan hubungan dengan Mingi? " Jawabku sedikit sebanyak ingin membalas rasa sakit hatiku atas layanannya.

YA! AKU MASIH TIDAK BERPUAS HATI DENGAN WANITA BERNAMA BAEK YEEUN ITU!

" Tapi dia tu bekas teman lelaki awak. " Dia masih tidak puas hati.

" Dah tu, awak nak saya couple dengan dia balik ke supaya saya boleh chat dia? "

Aku memerhatikan wajahnya yang mulai cemberut. Dia lantas bangun dari katil dan mengangkat dulang berisi pinggan mangkuk yang sudah kosong.

𒆜 𓊈박성화𓊉 𐪟 BOYFRIEND MATERIAL ⩩Where stories live. Discover now