Chapter 2

287 18 12
                                    


"LONG time no see, bidadari.."

Jantung dan nafasku seakan terhenti. Mulut pula tertutup rapat seolah-olah dikunci. Betapa kagetnya aku sehinggakan tubuh aku membeku dan langsung tidak bergerak. Mata aku sahaja yang membulat besar sekarang ini.

Lelaki itu semakin mendekat.

"Baru sepuluh bulan tak jumpa. Takkan dah lupa muka saya macam mana?" Dia menarik kerusi lalu mengambil tempat di sebelah aku. 

Aku pula masih kekal dengan posisi tadi. Terkedu. 

Dua orang lelaki yang merupakan kawan Eiz itu ketawa melihat reaksi aku.

"Eiz, aku rasa dia betul-betul dah lupa muka kau kot." ujar salah seorang daripada mereka.

Aku pandang mereka bertiga silih berganti. 

"Hey, ni saya lah. Kenapa terkejut sangat?" Eiz menggoncang perlahan kedua bahu aku.

Pada masa yang sama, Anis, Zulfa dan Ema juga muncul.

"Suprise Ika!" 

"Congrats for your husband's return!" ujar Anis riang. 

"Happy lah tu Eiz dah balik."

Walaupun orang lain sedang bergelak ketawa, hanya aku seorang saja yang masih bingung dan tiada reaksi. Aku blur dan masih tak faham dengan apa yang terjadi sekarang ini.

Eiz balik?

Aku seorang je ke yang tak tahu pasal benda ni? 

"Ika, kau tak seronok ke Eiz balik? Dia dah ada depan mata kau tu." Beritahu Zulfa.

"Terkejut sangat ni Ika." Ema gelak. Begitu juga dengan yang lain, semua sedang mentertawakan aku.

Eiz tersenyum kecil melihat aku. Keinginannya untuk menyentuh tangan aku terbantut apabila tanganku laju sahaja menepis, menyebabkan semua orang di situ tayang wajah terkejut. Kemudian, aku bingkas bangun dari tempat duduk dan segera melangkah pergi dari situ.

"Ika,"

Eiz mengejar langkah aku yang sudah keluar dari restoran. Aku menuju ke kawasan yang sedikit tersorok daripada pandangan orang ramai. Mujurlah McD ni bukan dalam shopping mall, kalau tak memang susah aku nak cari tempat sembunyi.

Sebaik saja aku tiba di tempat parkir kereta, aku menghentikan langkah. Nafas diatur. Penat. Dan ya, Eiz juga masih mengekori aku sejak tadi. Kini dia betul-betul di belakang aku. 

Lengan aku ditarik. "Ika, kenapa ni?" 

Aku mendongak kepala agar dapat bersemuka dengannya. Kedua-dua anak mataku langsung tak lepas dari mengamati setiap inci wajah indah tersebut. Seketika, kami saling berbalas pandangan.

Tangan di sisi aku genggam kejap. Air liur ditelan menghilangkan rasa gentar. Bebola mata aku bergerak mencari sepasang mata itu.

Eiz membalas pandangan aku. "Ika why?"

Aku tumbuk perut Eiz menyebabkan dia terbatuk kecil. "Aku terkejutlah, gila."

Eiz merenung aku tajam dengan wajah tertanya-tanya. Terkejut dengan tindakan spontanku.

Sekali lagi perut Eiz yang tidak bersalah itu ditumbuk. "Asal tak bagitahu aku kau nak balik?"

"Aduh!" Eiz berdecit. Tidak tahan ditumbuk, akhirnya Eiz mengunci tangan aku. 

"Hei, berani guna aku-kau eh dengan saya sekarang. Siapa ajar ni?"

"Tak ada siapa ajar. Awaklah, buat saya marah." Mencerlung aku ke arahnya. Bibir dimuncungkan.

Still With YouWhere stories live. Discover now