Chapter 57

126 18 2
                                        

PINTU bilik dibuka perlahan. Sementara itu, Deanna menoleh ke belakang untuk memastikan tiada siapa yang melihat.

Okay, line clear.

Sebaik sahaja kakinya menjejak ke dalam bilik itu, cepat-cepat pintu ditutup rapat dan dikunci. Kaki melangkah perlahan, tidak mahu membuat bising. Matanya mula mengimbas setiap ruang bilik. Tujuan dia ke sini hanya satu.

Hapuskan bukti.

Bibirnya mengukir senyum. Telefon pintar yang terletak di atas meja itu menjadi sasarannya. Tanpa berlengah, terus Deanna membawa langkah ke situ. Telefon tersebut diambil.

Face id, failed.

Punat password yang menjadi pilihan kedua untuk membuka telefon itu ditekan

Deanna menggigit bibir. Dalam fikirannya penuh dengan nombor rawak yang berterbangan. Selalunya orang akan letak tarikh lahir sebagai kata kunci. Tapi  manalah dia tahu bila tarikh lahir Ika. 

"How about..."

Spontan, angka 1234 ditaip.

UNLOCK!

"What the fu–"

Seriously?

Deanna tergelak sinis. Melebar senyumannya sehingga ke pipi. Semudah itu kerjanya

"Haih, Ika Ika... Itulah pentingnya safety. Bodoh." Kepala digeleng perlahan. Deanna tersenyum sinis sebelum jarinya laju menekan butang delete di galeri. Dia perlu pantas sebelum ada sesiapa yang sedar. 

Select all 

15, 783 photos deleted

"Sayonara Ika..." Telefon diletakkan kembali di tempat asalnya.

Haih, senang betul kerja aku.

++++++++++++

"Kenapa dengan nenek ni? Mana nenek Nick yang Nick kenal selama ni?" Lantang suara Nick bergema di dalam bilik itu. Tajam anak mata hazelnya mencerlung ke arah Nek Arha dan Deanna yang sedang berpelukan. Liya yang turut berada di dalam bilik itu hanya diam membisu duduk di atas kerusi. Membiarkan si abang melakukan tugasnya. 

Nek Arha masih lagi menangis. Deanna di sisi memaut lengan wanita itu erat. 

"Nick tak faham, kenapa nenek berat sangat nak lepaskan Aril? Kenapa nenek tak berterus-terang je dengan Ika? Kenapa nenek menipu? Aril tu suami dia nek. Aril berhak pulang ke pangkuan keluarga dia semula."

Nek Arha menggeleng. "Aril tu cucu nenek!"

"No, he's not! Kenapa nenek sayang sangat dengan dia? Apa istimewanya dia? Siapa sebenarnya cucu kandung nenek sekarang ni? Kami ke dia?" Kali ini suaranya meninggi. Tak tahan lagi.

Still With YouTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang