"JEMPUTLAH masuk, Ika."
"Assalamualaikum.."
Kaki kananku menapak masuk ke dalam rumah itu. Anak mataku curi-curi memandang segenap penjuru ruang tamu rumah tersebut. Seketika, hujung bibirku ternaik.
"Cantik.." Bisikku di dalam hati.
Rumah ini tak jauh bezanya dengan rumah Tok dan Tokwan Eiz di Kedah. Terserlah ciri-ciri rumah kampung tradisional. Anggun dan klasik. Terdapat banyak perabot dan hiasan yang diperbuat daripada kayu jati. Susun atur perabot juga kemas dan ringkas.
Dan yang paling penting, jangkaanku selama ini meleset sama sekali. Aku sangkakan keluarga mereka ini orang susah, namun selepas melihat keadaan rumah ini, dapat aku kategorikan mereka ini datang dari kalangan orang senang. Atau lebih kepada sederhana. Tak terlalu kaya dan tak terlalu miskin.
"Ika? Jom." Liya menegur aku yang dari tadi tercangak di depan pintu. Haih Ika, sempat lagi kau mengelamun.
"Oh ya, maaf." Aku tersenyum janggal.
Perlahan-lahan aku menolak bagasi, mengekori langkah Liya di hadapan. Selepas beberapa tapak aku melangkah, dapat aku menangkap kelibat Nick yang baru sahaja keluar dari bilik.
Aku segera menundukkan kepala.
"Nick.." Liya menyapa abangnya itu.
Nick yang berdiri di hadapan pintu bilik itu menjongket sebelah kening.
"Apa yang dia buat kat sini?" Aku dipandangnya atas bawah.
"Semalam kan Liya dah bagitahu, nenek suruh Ika tinggal dengan kita. Dah lupa ke?"
"Ohh.." Jawabnya seolah-olah tidak berminat. Riak wajahnya juga jelas menunjukkan bahawa dia kurang senang dengan keberadaanku.
"Aril mana?" Liya bertanya lagi.
"Ada dalam bilik." Jawab Nick senada.
Liya hanya mengangguk. Kemudian, Nick mula beredar ke dapur dan meninggalkan kami berdua.
Aku mengeluh.
"Erm, Liya."
"Saya rasa adik-beradik awak tak sukalah saya tinggal kat sini. Diorang mesti tak selesa. Awak tak ada ke kenalan yang ada homestay atau rumah sewa dekat-dekat sini?"
"Ika.."
"Kan nenek yang suruh. Diorang tak boleh halang arahan nenek." Ujar Liya.
"Tapi saya orang luar, mereka pasti tak selesa."
"Awak yang cakap awak nak jaga nenek saya kan? Jadi awak kena tinggal di sini. Mudah untuk awak juga untuk tengok-tengokkan nenek bila nenek dah keluar wad nanti. Lagipun, nenek sendiri yang nak awak tinggal di sini. Takkan awak nak hampakan permintaan nenek?" Pujuk Liya.
"Tapi.. tak apa ke? Saya risaulah."
"Tak ada apalah Ika. Awak abaikan je Nick dan Aril tu. Lelaki memang macam tu. Ego. Lama-lama diorang okaylah tu, trust me."
Aku menghela nafas panjang. "If you say so."
"Tak payah risaulah. Awak tu je yang overthinking sangat. Dah, jom ikut saya."
Aku mengangguk perlahan. Akur dengan kata-kata Liya.
Sejurus itu, Liya membawaku ke sebuah bilik.
Bilik ini terletak di hujung rumah dan berhampiran dengan dapur. Di sebelah kiri bilik ini pula terdapat sebuah lagi bilik lain.
Bilik sederhana besar ini dipenuhi dengan hiasan serta perabot berwarna putih dan merah jambu. Aku juga dapat menangkap koleksi buku dan majalah yang tersusun kemas di rak yang ada di situ.
YOU ARE READING
Still With You
RomanceUs || BOOK 2 "Distance gives us reason to love harder," ♡♡♡ Setelah berpisah dalam tempoh masa yang lama, kepulangan Eizzaril kembali menceriakan hari-hari Zulaikha. Kalau dulu dia asyik nak mengelak daripada Eiz, tapi sekarang tak lagi. Eiz tak a...