Flashback 5 tahun lalu...
"Wei Alip." Panggil Eiz apabila menyedari Alief yang hanya berdiam sejak tadi. Hampir setengah jam mereka berdua meredah hutan, satu patah perkataan pun tidak keluar dari mulut lelaki itu.
"Apa?"
"Asal kau senyap je?"
"Habis tak kan aku nak jerit pula?"
Eiz tertawa halus. "Tak lah. Risau aku. Buat-buat kau pula hilang, mampus aku sorang-sorang kat sini."
Alief berdecit lalu ketawa perlahan.
"Apa pula aku yang hilang. Kau tu yang patut hilang." Alief mengutuk perlahan, tetapi masih boleh didengari oleh Eiz.
"Aku tak boleh hilang. Nanti kau rindu aku."
"Tak ada maknanya." Alief berdecit sambil buat muka jelik. Tangan yang menebas semak samun di depan selari dengan langkah yang semakin maju.
"Ya lah, kalau aku hilang kau dah tak ada musuh selepas ni. Bosan la hidup kau nanti."
"Eleh, kalau kau mati sekalipun bukannya aku kisah."
Mendengar kata-kata itu, senyuman Eiz serta-merta mati. Dia menghentikan langkah. Isi dalam mulut digigit. Geram.
Rasanya selalu saja dia dan kawan-kawan lain bergurau kasar macam tu. Tetapi kenapa ayat yang dilontarkan oleh Alief tadi kedengaran amat biadab padanya?
Tanpa sedar, ada hati yang terluka. Eiz menarik nafas dalam lalu dihembus perlahan. Badan dikalih menghadap Alief.
"Alip, aku malaslah nak cakap banyak. Cuma aku nak pesanlah eh..."
Eiz menggapai bahu Alief dan menggenggam kuat di situ. Senyum palsu diukir. Sinis. Kedua anak mata coklat gelap miliknya mencerlung ke arah lelaki itu.
"Mulut kau tu tolong jaga sikit. Aku pun manusia juga, ada perasaan."
"Aku sabar lama dah dengan kau ni. Aku tak pernah naik tangan lagi dekat pelatih-pelatih kat sini. Paling kuat kena jerkah je. Jangan sampai kau jadi orang pertama yang kena bantai dengan aku." Eiz memberi amaran.
Dia memandang dalam anak mata Alief. Mencabar.
Alief juga apa kurangnya, turut membalas pandangan maut itu. Dia senyap. Buku lima dikepal erat.
"Kau nak benci aku, bencilah. Kau nak hina aku, hinalah. Tapi waktu latihan, bagi kerjasama. Tak payah nak buat perangai 'budak-budak' sangat. Tak macho pun. Aku pun tak gamaklah nak layan perangai buruk kau tu. Kalau mental tu senang koyak, baik tak payah jadi tentera lah. Balik rumah, tidur."
Bahu Alief ditolak. Perlahan tetapi kasar.
"Dah kalau kau rasa kau hebat sangat dari aku, rampas je la jawatan aku. Buktikan. Buktikan dekat kapten yang kau lah orang paling layak terima pangkat ni. Bukan aku." Jari telunjuk Eiz menekan-nekan dada bidang milik Alief. Kemudian, jari itu ditala ke tubuhnya semula.
Hujung bibir Alief menarik senyum. Tercabar.
Eiz dan Alief saling bertikam mata. Lama.
Seminit berlalu. Alief menepis kuat tangan Eiz di bahunya.
Alief merengus kasar lalu terus mengangkat kaki pergi dari situ. Sempat dia menghadiahkan sebuah jelingan dan melanggar tubuh badan Eiz.
"Woi kau nak pergi mana?!" Jerit Eiz.
Alief diam. Tidak menoleh.
"Woi Alip!"
Gigi diketap rapat. Alief meneruskan langkahnya. Suara Eiz yang semakin sayup-sayup kedengaran itu diabaikan.
YOU ARE READING
Still With You
RomanceUs || BOOK 2 "Distance gives us reason to love harder," ♡♡♡ Setelah berpisah dalam tempoh masa yang lama, kepulangan Eizzaril kembali menceriakan hari-hari Zulaikha. Kalau dulu dia asyik nak mengelak daripada Eiz, tapi sekarang tak lagi. Eiz tak a...