Chapter 66

221 15 9
                                    

"Selamat malam Nek." Dahi Nek Arha dicium. Selimut ditarik membaluti separuh badan. Liya kembali ke biliknya semula setelah menidurkan Nek Arha.

Sebaik sahaja masuk ke dalam bilik, pandangannya disapa dengan Deanna yang berada di atas katil, masih lagi belum tidur. Ralit betul dengan telefon pintarnya. 

"Serius nampak. Chat dengan siapa?" Soal Liya lalu naik ke atas katil.

"Adalah..." Jawab Deanna tersenyum kecil. Kemudian, terus dia mengunci telefonnya dan meletakkannya di sebelah bantal.

Liya hanya menggeleng sambil ketawa kecil. Deanna yang sedang bersiap-siap untuk tidur itu dipandangnya. Teringat dia sewaktu mereka tidur sebilik masa kecil-kecil dulu. Sebelum adanya bilik Deanna, dalam bilik dia ini jugalah mereka berkongsi sebelum rumah ini di renovate. Nick pula akan tidur di lantai sebab dah tak cukup ruang atas katil.

"Deanna masih tak berani lagi tidur seorang?" Tanya Liya sambil menarik getah rambut dari pergelangan tangan, mengikat tocang.

Wajah Deanna berubah saat Liya mengajukan soalan itu. Teragak dia mengangguk.

Selepas kejadian bilik Deanna dipecah masuk, Deanna tidak lagi tidur seorang. Setiap malam dia akan tidur bersama Liya.

Liya yang perasan akan perubahan riak wajah Deanna itu hanya tersenyum.

Sebenarnya Raf ada memberitahunya tentang apa yang diperhatikan dia selama ini tentang Deanna. Pada mulanya Liya juga tidak percaya. Tak akan lah adiknya sendiri sanggup buat perkara kejam seperti itu? Mengupah orang untuk membunuh dan membahayakan keluarga sendiri?  

Namun setelah melihat bukti yang ditunjuk Raf, dia mula ragu-ragu dengan adik bongsunya itu. Banyak kemungkinan dan bukti yang menunjukkan Deanna adalah penyebab semua ini berlaku. Raf yang telah lama berkhidmat dalam dunia ketenteraan itu sedikit sebanyak membuka matanya tentang kes ini.

"Deanna, Liya nak tanya ni."

Sebelah kening dijongket. "Apa?" Deanna menghayun dagu.

"Tapi Deanna kena jawab dengan jujur, boleh?" Liya mengambil nafas. Deanna di samping diam menunggu soalan.

"Siapa yang Deanna upah?"

"What?" Tergeleng Deanna dengan reaksi hairan. Tidak mengerti.

"Siapa yang Deanna upah untuk pecah masuk rumah kita?"

"Apa yang Liya merepek ni?"

"Tolonglah kali ni je Deanna, jangan tipu Liya lagi."

"Tipu apa? Deanna tak tipu apa-apa pun."

"It's okay Deanna. You can tell me."

"Tak, Deanna tak faham. Deanna tak sembunyikan apa-apa pun dari Liya."

"Habis tu dengan siapa Deanna contact selama ni? Siapa Eric?"

"You what–" Membesar mata Deanna saat Liya menyebut nama itu. Bagaimana Liya tahu tentang Eric? 

Ini bermaksud...

"You stalked me? " Suara Deanna mula meninggi. Walaupun Liya adalah insan yang paling dia rapat, ini bukan bermaksud yang dia boleh sesuka hati membuka dan membaca pesanan di telefonnya.

"What gives you the right to go through my phone without my permission?"  

"I didn't mean to invade your privacy, but I had to know the truth."

"I did not hide anything!" 

"Habis tu? Siapa Eric tu? Beritahu je lah. Kenapa Deanna nak berahsia?" 

Still With YouWhere stories live. Discover now