Chapter 39

94 16 4
                                    

AKU melepaskan genggaman pada bajunya. Pelukan dileraikan. Aku tertunduk rapat ke dada, malu dengan perbuatan tidak warasku sebentar tadi.

Bibir digigit.

"I'm sorry. I just-- scared."

Aril yang masih dengan muka bekunya itu hanya beriak selamba. Berlagak seperti tidak ada apa-apa perkara yang berlaku.

"Hm," Itu sahaja yang dibalasnya.

Aku dan Aril kembali senyap. Masing-masing tidak mengeluarkan suara. Hanya bunyi unggas yang kedengaran, memecah sunyi di antara kami.

Aku mengusyanya dengan ekor mata. Memang tak lah aku nak mulakan perbualan dengan mamat ni. Aku langsung tak ada mood nak bercakap dengan dia sekarang. Sudahlah aku kena tengking dengan dia pagi tadi. Selepas tu bila tiba-tiba bertembung di sini, lain pula perangainya.

Tak faham aku.

"Yang kau menjerit macam orang gila tadi tu dah kenapa? Kau tahu tak ni hutan? Bahaya buat bising. Kalau ada binatang buas dekat sini tadi, memang dah lama kau jadi makanan dia." Aril akhirnya membuka mulut.

Baguslah, tak sempat apa lagi dah kena bebel.

Aku hanya senyap sambil diam-diam membuat muka. Bibir dikunci rapat. Malas nak membalas. Kang aku balas, ada je benda tak kena dekat mata dia.

"Oi kau dengar tak aku cakap ni?!" Matanya menghala ke arahku.

"Hm."

"Dah bisu sampai tak boleh nak jawab apa aku tanya?"

"Ya, saya dengar." Jawabku sambil mengangkat muka. Eii poyolah dia ni. Menyampah.

Aku dan Aril saling menjeling. Geram. Dia ingat dia tu bagus sangatlah nak marah-marah aku. Aku sesat dekat sini pun sebab dia tahu tak?!

"Lap air mata kau tu. Menangis dah macam budak-budak." Arah Aril.

Aku yang tersedar akan hal itu terus mengesat hujung mata yang basah. Malu juga sebenarnya, tapi kalau dah sesat macam ni siapa je tak panik? Biarlah dia nak kata apa pun. Yang penting sekarang ni aku tak kena makan dengan binatang.

"Dahi kau tu? Nak biar macam tu je?" Sebelah kening dijongket.

Selepas Aril menyebut sahaja tentang hal itu, terus sakit di dahi aku menyengat. Aku menyentuh dahiku perlahan. Pedih, tetapi masih boleh lagi ditahan.

"Biar je lah. Bukannya awak kisah pun." Perliku.

Tak payahlah nak tanya, macamlah dia tu prihatin sangat.

Aku lihat Aril tersenyum sinis.

"Okay, you said so."

See?

Aku cakap dah. Tak adanya lelaki hati batu ni nak kisah pasal aku. Mimpi je lah Ika. Tahun depan malam raya pun belum tentu dia jadi baik.

Kemudian, Aril bingkas bangun dari duduk dan mula ingin menapak pergi. Namun kelakuannya terhenti apabila melihat aku yang seinci pun tidak bergerak dari situ.

"Kau memang tak nak cari jalan balik ke? Nak duduk dalam hutan ni?" Soal Aril sarkastik.

"I can't move, Aril."

Aril berdecit.

"Manja."

Dia kata aku apa?!

"Apasal lembik sangat kau ni? Jatuh sikit je pun sampai tak boleh nak bergerak?"

Jatuh sikit dia cakap?

Aku menggigit dalam bibir sambil memejam mata sesaat. Sabar Ika sabar. Jangan lawan.

Still With YouWhere stories live. Discover now