Chapter 56

111 17 8
                                    

"NENEK.." Aku menolak pintu bilik. Aku tersenyum melihat Nek Arha yang masih di atas kerusi rodanya.

"Ya Zulaikha, ada apa? Masuklah.."

Bibirku menarik senyum nipis sambil perlahan melangkah masuk ke dalam. Aku menoleh sekilas, memberikan isyarat mata kepada insan-insan di belakangku.

"Eh, Liya dan Nick ada sekali? Ada apa ni cu?" Soal Nek Arha kehairanan. Meriah pula bilik dia malam ni.

Aku menghampiri wanita tua itu sambil melutut di atas lantai, duduk menghadapnya. Lama aku jeda di situ. Mengatur nafas. Gementar.

Setelah berbincang dengan Liya dan Nick siang tadi, malam ini baru kami semua putuskan untuk berjumpa dengan nenek. Hampir berperang jugalah aku dengan Liya. Dia marahkan aku kerana tak berterus-terang dari awal. Puas aku pujuk dan buat dia percaya akan niat aku yang sebenar.

Tapi aku tak salahkan dia. Memang patut dia marah. Semuanya salah aku.

Asalnya Liya tak bersetuju untuk tolong aku. Tetapi selepas aku tunjuk segala bukti yang ada, barulah gadis itu lembut hati. Itu pun katanya dia buat ni sebab Aril. Aril berhak tahu perkara sebenar. Aril berhak untuk berjumpa dengan keluarga kandungnya.

"Ika," Nick menegur dari belakang, menyedarkan aku yang sudah lama berdiam diri.

"Oh-" Tersentak. Aku berdehem lalu kembali memandang nenek.

"Nek, sebenarnya ada benda yang dah lama Ika nak beritahu nenek. Tapi sebelum tu Ika nak tanya sesuatu." Aku mula buka mulut. Tangan tua itu aku capai lalu menggenggam ia lembut.

Nek Arha yang masih kebingungan itu hanya diam menunggu aku.

"Aril.. memang datang dari keluarga ni ke nek?" Akhirnya soalan itu berjaya dilontarkan dari mulut aku sendiri. Habis hilang segala beban yang disimpan selama ini.

Aku mengemam bibir. Menantikan jawapan dengan segunung harapan. Tolonglah kali ini je, aku harap Nek Arha jujur dan berterus terang.

"Mestilah. Aril tu cucu nenek. Kenapa Zulaikha?" Jawab Nek Arha yakin.

"Be- betul ni nek? Nenek tak jumpa dia dekat mana-mana dan ambil dia?" Soalku lagi, tergagap.

"Tak ada lah. Apa yang kamu mengarut ni? Aril memang datang dari keluarga ni. Ibu bapa dia dah meninggal waktu dia masih kecil lagi. Nenek yang jaga dan besarkan dia. Tak percaya tanya abang dan kakak dia tu ha." Pandangan nenek dihalakan ke arah Nick dan Liya di situ. Jawapan nenek itu membuatkan mereka berkerut dan saling berbalas pandangan.

Aku mula menelan liur yang terasa pahit. Degupan jantung aku berdetak laju. Kenapa nenek tak jujur? Kenapa nenek perlu menipu?

"Nek, Aril tu suami Ika yang hilang lima tahun lepas." Aku eratkan genggaman pada tangan nenek. Aku pandang tepat ke arah mata tua itu, mengharapkan ihsan darinya. Namun apa yang aku lihat, langsung tiada reaksi yang diberikan.

"Apa yang kamu mengarut ni Zulaikha? Aril tu cucu nenek. Apa pula boleh jadi suami kamu? Kamu jangan nak memandai-mandai reka ceritalah."

"Nenek, Ika tak reka cerita. Aril tu betul-betul suami Ika. Dia hilang ingatan."

Nenek terdiam seketika. Pandangannya dilarikan.

Melihat nenek yang tidak lagi berbunyi itu, terus aku menarik nafas dalam sebelum dengan berani menceritakan segala-galanya. Dari A hingga Z.

Aku lihat wajah Nek Arha yang dingin dan tegang. Langsung hilang segala kelembutan dan ketenangan pada aura wajahnya.

"Habis tu selama ni kamu tipu neneklah?" 

Still With YouWhere stories live. Discover now