AKU membuka mata perlahan-lahan tatkala terdengar namaku dipanggil seseorang."Ika bangun!"
Aku menggosok-gosok mata. Masih lagi mengantuk.
Dah pukul berapa ni?
"Woi, bangunlah gila. Dah pagi."
Suara yang menyapa telinga itu membuatkan aku tersenyum tanpa sedar. Rindu betul suara ni.
Tapi itulah, macam tak boleh nak kejut elok-elok.
"Ermmm..." Aku mengeliat membetulkan urat. Perlahan-lahan aku mencelik.
Sebaik sahaja aku mengangkat kelopak mata, dapatku lihat figura Aril yang sedang duduk bertinggung di hadapan aku. Yang membuatkan aku terkejut, muka dia betul-betul depan mata aku.
Ya, depan mata.
Astaghfirullahaladzim!
Akibat tersentak, badanku automatik terhinjut ke belakang, menyebabkan kepalaku terhantuk pada batang pokok.
"Aduh.." Kepala diusap.
Aril menarik senyum sinis. Wajahnya dijauhkan."Padan muka."
"Itulah, susah lagi nak bangun."
Aku menggigit bibir lantas memandangnya tajam. Geram je aku dengan mamat ni. Dia tu yang buat jumpscare macam tu, selepas tu nak salahkan orang pula. Pagi-pagi lagi dah cari pasal.
"Cepatlah. Kita kena gerak dah ni. Aku tinggal baru tahu." Bebel Aril. Dia mula berdiri dan mengambil segala keperluan yang diperlukan.
"Sabarlah awak ni. Saya baru bangun tau." Rengekku.
Aku ni bukan apa. Aku bukannya boleh bangun-bangun terus buat kerja. Kejap lagi ada juga yang menyinga kang.
Perlahan-lahan aku bangun dari pembaringan dan menukar ke posisi duduk. Aku masih tak ada tenaga nak bangun. Pada masa yang sama, aku bergerak-gerak sedikit meregangkan badan. Sakit tengkuk weh tidur atas akar.
"Ika, cepatlah. Kau ni lembab betullah."
Aku pandang Aril dengan muka malas.
"Tak laratlah nak bangun."
"Badan kau sakit lagi ke?" Soalnya.
"Hmm, sikit." Aku muncungkan bibir, dengan harapan dia akan bersimpati dan prihatin dengan keadaan aku.
Namun hampeh, dia berdecit lepas tu terus abaikan aku.
Lol
"Cepatlah. Kau ni nak cari air ke tak? Kita tak ada masa dah ni. Pukul 7 dah. Tak jumpa sungai juga hari ni memang mati kering aku."
Bapak over.
Sabarlah, orang baru je bangun tengok dunia, dah dipaksanya kita suruh cepat.
Tapi betullah apa yang dia kata tu, tekak aku pun dah kering macam apa dah. Tambah dengan baru bangkit tidur ni, memang air yang aku akan cari dulu.
"Tolonglah angkatkan." Aku menghulurkan tangan ke arah Aril.
Perbuatan aku membuatkan Aril berkerut seribu. Dia pandangku atas bawah bagai nak timbus. Nampak sangat terkejut tu bang.
Aku tergelak sinis.
"Tunggu apa lagi, cepatlah."
Aku nampak Aril terkaku. Riak wajah dia tak usah cakap, serius betul. Teragak-agak dia untuk menghampiri aku, namun dia tetap lakukannya. Sebaik saja dia mendekat untuk menyambut huluranku, aku ketawa kecil.

ANDA SEDANG MEMBACA
Still With You
RomanceUs || BOOK 2 "Distance gives us reason to love harder," ♡♡♡ Setelah berpisah dalam tempoh masa yang lama, kepulangan Eizzaril kembali menceriakan hari-hari Zulaikha. Kalau dulu dia asyik nak mengelak daripada Eiz, tapi sekarang tak lagi. Eiz tak a...