HASIL dapatan hari ini aku kira dan jumlahnya dicatat dalam sebuah buku nota. Duit-duit yang sudah dikira aku susun dan disimpan ke dalam tempatnya.
Agak lewat kedai tutup hari ini.
Selalunya pukul 9.45 malam kami semua dah akan mula mengemas, tapi sekarang ni dah pukul 10 malam dah pun dan kami semua baru nak closing. Pada malam ini hanya aku, Nick dan Aril sahaja yang ada. Jadi kelam-kabut juga lah kitorang kerana tak cukup pekerja.
Liya?
Dia ada hal lain yang perlu diuruskan. Setahu aku Liya ada buat freelance job. Kebetulan pula ada kerja masuk, sebab itulah dia sibuk sikit minggu ini. Dengan kena buat kerja, online meeting dengan client lagi..
Jadi dia hanya duduk di rumah menghadap laptop je lah. Sambil-sambil itu, dia mengambil alih tugas jaga nenek.
"Nick," panggilku.
"Ya?"
"Korang tak nak ambil pekerja baru ke?" Soalku sambil mengemas barang-barang di atas kaunter.
Nick yang sedang menyapu sampah itu menoleh. Tersenyum dia mendengar soalan aku.
"Maaflah, saya bukan nak menyibuk tapi awak tengok je lah sekarang ni. Kita semua masing-masing sibuk. Liya tak ada, nenek tak ada. Saya cuma kesian dekat korang lah, penat nak angkut stok ke sana ke sini."
Nick melepaskan keluhan kecil.
"Aku terfikir juga nak ambil pekerja, tapi itulah apa-apa pun kena tanya nenek dulu." Jawab Nick sambil mencebik bibir.
"Aku bukannya apa.. Sebab kitorang dah pernah ada pekerja sebelum ni, tapi last-last dia curi duit kedai. Banyak pula tu dia ambil. Terus nenek serik tak nak ambil orang luar bekerja dah. Itu yang kami adik-beradik je jaga kedai ni."
"Oh, patutlah.." Aku mengangguk.
Akhirnya terjawab juga persoalan aku selama ini. Baru aku faham kenapa mereka sekeluarga sahaja yang ambil tugas menguruskan kedai ni.
Sebelum ni hairan juga lah aku kenapa nenek tak nak ambil pekerja luar sedangkan kedai runcit Nek Arha ni boleh tahan besar juga, dan mereka mampu je untuk beri gaji kepada pekerja.
Rupa-rupanya sebab dah pernah ada kes kecurian. Patutlah nenek tak percaya orang luar untuk kerja dekat sini.
"Erm tapi saya pun dikira orang luar juga." Ujarku sambil tersengih janggal.
Agak-agaknya dorang ada syak bukan-bukan tak pasal aku? Aku dah lah jaga bahagian kaunter. Tak pasal-pasal nanti aku kena tuduh curi duit kedai ni.
Aku lihat hujung bibir Nick tertarik.
"Siapa cakap kau orang luar?"
Aku mengangkat kening.
Tak mengerti.
"Kau kan bakal jadi sebahagian daripada keluarga ni." Ujar Nick sambil menjongket sebelah kening. Kemudian, dia tertawa kecil.
Ah, dia mula dah!
Memang sejak kebelakangan ini, perangai gatal Nick semakin menjadi-jadi ya. Nick yang aku kenal dulu, bukan lagi Nick yang sekarang. 180° berubah weh!
Kaki mengusik, sweet talker, clingy, semua dia lah. Dia punya kata-kata tu selalu membuatkan aku terdiam. Sampai aku tak tahu nak balas apa dah.
"Ehem ehem." Aril yang tiba-tiba muncul itu mencuri perhatian kami. Tertoleh aku dan Nick.
"Kunci kedai dekat mana?" Serius saja wajahnya.
YOU ARE READING
Still With You
RomanceUs || BOOK 2 "Distance gives us reason to love harder," ♡♡♡ Setelah berpisah dalam tempoh masa yang lama, kepulangan Eizzaril kembali menceriakan hari-hari Zulaikha. Kalau dulu dia asyik nak mengelak daripada Eiz, tapi sekarang tak lagi. Eiz tak a...