EIZ memperlahankan langkah apabila ubun-ubunnya terasa berdesing dan berdenyut. Pandangannya menjadi silau tatkala dia memandang ke langit.
"Ergh," Eiz mencengkam kepalanya.
Tolonglah, jangan la buat hal lagi!
Eiz mula berdiri statik. Tangannya yang memegang kepala tadi dialih untuk berpaut pada pokok, menghalangnya daripada jatuh. Nafas diatur perlahan.
Sebelah tangan digenggam kejap. Dia tak boleh jatuh kat sini. Dia perlu teruskan perjalanan.
"Eiz,"
Eiz memanggung kepala apabila namanya dipanggil seseorang.
"Kenapa tu? Kau okay tak?" Rafael yang berdiri hanya beberapa meter jauh darinya menyoal hairan.
"Cepatlah. Semua dah pergi depan tu, nanti kita tertinggal kat belakang pula."
"Kau jalanlah dulu. Aku follow kat belakang." Jawab Eiz sambil tersenyum plastik. Rafael tanpa membantah terus menyambung perjalanannya.
Setapak Eiz melangkah, badannya sudah terasa berat. Semakin banyak pergerakan dia lakukan, semakin hebat kepalanya berdenyut. Seolah-olah ada sesuatu yang mencengkam kuat seluruh kepala.
"Argh," Eiz rebah. Melutut pada tanah.
Penglihatannya mula kabur dek sensitif kepada cahaya. Dia memejamkan matanya rapat. Walaupun mereka berada di dalam hutan tebal, namun sekarang masih siang. Jadi matahari yang terik masih boleh menembusi hutan itu.
Eiz mula cuak apabila dia tidak dapat mendengar apa-apa bunyi di sekitarnya. Takkan semua orang dah pergi?
Memandangkan dia adalah ketua, memang tugasnya untuk berada di kedudukan paling belakang untuk mengawasi anak-anak buah. Tetapi kali ini, dia sendiri tewas dengan sakit yang datang secara tiba-tiba. Tiada siapa mengawasinya tika ini.
"Raf!" Eiz menjerit sekuat hati. Berharap agar Rafael mendengar panggilannya.
Dan akhirnya, dia rebah ke tanah.
*******
Jariku menari-nari di atas meja, mengetuk ia perlahan. Kini aku di kafeteria seorang diri, menunggu kedatangan Widya.
Kami berpecah sebentar tadi. Aku pergi ke library, dia pula ke bilik lecturer bersama group assignment nya untuk berbincang mengenai tugasan mereka. Tadi cakap lepas settle, suruh tunggu kat kafeteria, tapi sekarang ni batang hidung dia pun aku tak nampak.
"Mana Widya ni?" Aku mengeluh perlahan. Sudah lima belas minit aku tunggu di sini. Bila whatsapp, dapat satu tick je. Telefon pun tak angkat.
"Dia off phone ke?" Aku melihat telefonku.
"Dah hampir pukul 5.30, takkan tak habis bincang lagi kot?" Rungutku lagi.
Tidak lama selepas itu, aku dapati ada sebuah figura berjalan pantas menuju ke arahku. Apabila jelas wajahnya di depan mata, terus aku pandang bawah, tengok telefon. Buat-buat sibuk.
"Ika." Amir sudah berdiri di hadapan aku.
"Apa dia?" Soalku tanpa memandang wajahnya. Wajah dibekukan.
"Kau tahu tak lagi pasal Widya?"
Dengar sahaja nama Widya, laju aku mengangkat muka untuk memandangnya. "Kenapa? Kenapa dengan dia?"
"Widya," Amir terdiam sesaat sebelum kembali menyambungkan kata-katanya.
"Mak dia meninggal."
"Hah?!" Terjerit aku. Agak kuat sehinggakan ada yang berpaling melihat ke arah kami berdua.
![](https://img.wattpad.com/cover/247132391-288-k695814.jpg)
YOU ARE READING
Still With You
RomanceUs || BOOK 2 "Distance gives us reason to love harder," ♡♡♡ Setelah berpisah dalam tempoh masa yang lama, kepulangan Eizzaril kembali menceriakan hari-hari Zulaikha. Kalau dulu dia asyik nak mengelak daripada Eiz, tapi sekarang tak lagi. Eiz tak a...