Chapter 68

211 9 7
                                    

Air mata aku hampir tumpah, tetapi ditahan. 

Di hadapan aku kini, berdiri seorang lelaki yang bergelar suami, seorang lelaki yang tak pernah hilang tempatnya di hati.

Mulutku terkunci, seluruh anggota badan seakan terpaku. Semua perasaan yang dipendam bagai meletus serentak.

"Ika..."  

Sebelum sempat aku berkata apa-apa, tubuh aku ditarik ke dalam pelukannya. Hangat. Terlalu hangat sehingga mencairkan separuhku hati yang beku.

Air mata sudah berada di hujung empangan, dicelik sedikit agar tidak menjurai jatuh.

Tahan Ika, tahan. 

Aku cuba merungkaikan pelukan tersebut sebelum aku terdengar satu esakan kecil.

Eiz, menangis? 

"Bidadari..."

Tersentak mendengar panggilan istimewa itu, akhirnya jatuh juga setitis mutiara jernih di pipi. 

Bidadari. Panggilan yang sudah lama aku rindu, panggilan yang hanya dia sahaja dapat membuat jiwa aku bergetar ketika menyebutnya. 

"Saya rindu awak sangat-sangat. I'm so sorry..." Wajahnya dibenam ke leher, memelukku semakin erat seolah-olah tidak mahu melepaskan aku lagi.

"Saya merayu, tolong maafkan saya. Jangan tinggalkan saya lagi..."

Aku menggigit bibir, menahan semua perasaan yang bertubi-tubi datang. Sumpah, aku juga merindui lelaki ini tetapi separuh hati aku memaksa aku untuk berpaling. Aku dah cukup sakit dengan sikapnya dulu dan kali ini aku tidak mahu luka di hati berdarah kembali. 

"Eiz, lepas." Tanganku menolak tubuhnya jauh. Eiz seakan-akan terkejut dengan tindakan aku.

"Ika, saya dah ingat semuanya. Ingatan saya dah pulih." Ucapnya, terbit senyuman kecil pada wajah lelaki itu.

Air mata dikesat laju, usai itu terus aku membekukan wajah.

"Baguslah. Good for you." Entah apa yang dia ingat, aku dah tak nak percaya lagi.  

"Ika, tolong beri saya peluang? Kita mulakan semuanya semula. Kita bina hidup baru macam yang kita nak selama ni."

"Hidup baru? You have your own life and I already have mine. Pergi je lah duduk dengan keluarga awak dekat sana. Kenapa sibuk-sibuk nak cari saya lagi dekat sini?"

"Saya tahu saya salah. Tapi keluarga saya dekat sini, Ika. Seluruh jiwa saya ada di sini, di depan mata saya." Eiz cuba untuk meraih tanganku namun aku terlebih dahulu menepisnya pantas. Terkebil-kebil dia dengan respon aku. Mungkin tidak menyangka aku akan sekeras ini.

"Ika please, kali ini je. Beri saya peluang." 

"Awak boleh balik, Eizzaril. Saya dah tak perlukan awak lagi." Ujarku sebelum tiba-tiba ada satu suara yang datang dari belakang.

"Along?"

Aku dan Eiz serentak menoleh.

Edhan yang seakan-akan terpana itu berjalan menghampiri. Aku lihat matanya mulai berkaca, pandangannya langsung tak putus dari melihat susuk tubuh di hadapanku, memastikan bahawa lelaki itu adalah benar-benar abang kandungnya.

"Edhan?" Eiz tersenyum kelat. Matanya berair semula.

"Edhan Iskandar." Lelaki itu mara setapak, melihat Edhan dari atas ke bawah. Rupa adik lelakinya itu salin tak tumpah dengan wajahnya.

"Along..." Tak tunggu lama, Edhan akhirnya menarik Eiz ke dalam pelukan. Terburai air mata jantannya di situ. Tak pernah sekalipun dia menangis di depan sesiapa, namun ini kali pertama dia berbuat begitu.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 22 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Still With YouWhere stories live. Discover now