"INI bakinya ya. Terima kasih." Beberapa keping duit dihulurkan. Sempat penjual itu menghadiahkan sebuah senyuman manis.
"Sama-sama." Aku mencapai huluran tersebut sambil membalas senyum.
Aku kini sedang membeli makanan tengah hari di restoran berhampiran hospital. Dekat je, tak sampai lima minit. Aku jalan kaki je dari hospital ke sini.
Hari ini kedai runcit tutup, jadi kami semua membuat keputusan untuk melawat nek Arha. Semua orang ada. Aku, Liya, Nick dan Aril. Lengkap kesemua adik-beradik (tapi tak termasuk aku lah).
Nenek pun seronok gila tadi bila dapat tahu semua cucu dia nak datang.
Liya dan Aril sekarang ada di hospital menjaga nenek. Nick pula masih belum sampai. Ada hal sikit katanya. Sekejap lagi dia datanglah tu. Aku pula di sini, membeli makanan.
Usai membayar, aku pun mengangkat ketiga-tiga plastik yang penuh terisi dengan nasi campur dan teh ais bungkus itu dari kaunter.
Bapak berat sia. Tak cukup tangan nak angkat ni. Dengan purse dan telefon lagi.
Sudah la aku tak bawa handbag. Kalau tak, bolehlah masukkan je purse dengan handphone dalam tu. Tak ada lah aku nak kena pegang banyak barang sangat.
Ini tak. Dengan plastik makanan sampai tiga, selepas tu nak kena pegang purse dan handphone lagi. Tangan dah la ada dua je. Kalau ringan tak apalah juga.
"Haih nak masukkan handphone dengan purse dalm plastik pun tak muat ni." Rungutku perlahan sambil menyumbat dompet dan telefon pintarku ke dalam plastik makanan. Sipi-sipi je nak jatuh.
Ah, tak apalah. Asalkan masuk je dalam plastik.
Kemudian, aku pun mula berjalan kaki ke hospital semula. Kedua-dua belah tangan aku mulai merah dan kebas, menunjukkan betapa beratnya bungkusan makanan ni.
Selepas tiga minit, akhirnya aku tiba di hospital. Aku mengatur langkah ke arah lift dan mataku terus bersinar apabila mengesan kelibat Aril yang sedang berdiri di hadapan pintu lift.
Aku tersenyum.
"Aril!" Aku berjalan menuju ke arahnya.
Lelaki itu menoleh. Wajahnya serta-merta berubah sebaik sahaja memandang aku. Aku lihat dia mengguling anak mata. Menyampah tengok aku lah tu.
Aku menapak menghampirinya.
Pintu lift kemudian terbuka dan Aril segera masuk ke dalam.
Aku melajukan langkah. Turut ingin memasuki lift tersebut. Namun belum sempat aku tiba di pintu lift, aku nampak Aril cepat-cepat menekan butang tutup.
Mataku membulat.
Apa yang dia nak buat ni?!
"Aril!"
Aril langsung tidak mengendahkan panggilanku malah semakin laju butang lift itu ditekannya.
"Aril, tunggu!" Aku berlari-lari anak. Tetapi plastik di tangan menghalang aku untuk berlari lebih laju.
Aku mengharapkan Aril untuk menahan pintu lift untuk aku namun perkara sebaliknya dia lakukan. Belum sempat aku melangkah masuk, pintu lift sudah tertutup betul-betul di hadapan aku.
"Tak guna Aril!" Jeritku.
Penat-penat aku jalan kaki belikan dia makanan, macam ni dia buat dekat aku? Dia nampak je kan aku tengah struggle bawa banyak barang ni, tapi dia tutup lift?! Dia ingat aku hamak sangat ke nak naik lift dengan dia?
"Dasar tak kenang budi!" Aku menghentak kaki. Menghamburkan geram.
Kau tengoklah kejap lagi Aril, aku baling nasi ni dekat muka kau. Kau tak payah makan!
YOU ARE READING
Still With You
RomanceUs || BOOK 2 "Distance gives us reason to love harder," ♡♡♡ Setelah berpisah dalam tempoh masa yang lama, kepulangan Eizzaril kembali menceriakan hari-hari Zulaikha. Kalau dulu dia asyik nak mengelak daripada Eiz, tapi sekarang tak lagi. Eiz tak a...