TING!Aku membuka mata apabila mendengar bunyi notifikasi yang masuk.
Ting!
Bunyi notifikasi bergema lagi.
Siapa pula yang whatsapp lewat-lewat malam ni?
Telefon yang terletak di sebelah bantal aku capai. Waktu sudah hampir menginjak ke pukul 2.30 pagi. Namun aku masih lagi tidak dapat tidur.
Tak tahu kenapa malam ni susah sangat nak lelapkan mata sedangkan aku dah baring atas katil dari pukul 11 malam tadi lagi.
Aku melihat nama yang tertera di skrin.
Keningku berkerut. "Nick?" Sedikit terkejut apabila melihat namanya yang muncul di notifikasi.
🙆♂️ Nick
OnlineAssalamualaikum Ika
Kau dah tidur ke?
Aku merenung lama pesanan itu. Kenapa dia tiba-tiba mesej ni? Tak pernah-pernah pula dia chat aku lewat-lewat malam macam ni.
Patut tak aku balas? Ke aku patut pura-pura tidur je? Nak balas pagi esok macam tak best pula, nanti dia mesti akan cakap tak ada apa-apa punya.
Ah, balas je lah Ika! Mana tahu ada benda penting?
Waalaikumsalam
Belum. Kenapa Nick?
Oh. Tak ada apa.
Saja.
Aku tak boleh tidur.
Oh...
Kenapa tu?
Fikir apa tu sampai
tak boleh nak tidur? 😂Fikir pasal kau
Mataku sedikit membesar. Hampir sesak nafas aku apabila membaca mesej tersebut. Terkejut.
Nick ni betul ke tak?
Mengigau ke?
Tak tahu apa yang patut direspon, aku hanya diam membiarkan mesej tersebut tidak berbalas. Namun tidak lama selepas itu, Nick menghantar pesanan lagi.
Tak adalah.
Aku gurau je.
Btw, jom teman aku esok.
Cari kerusi roda untuk nenek.
Oh.. haha
Dekat mana?
Liya ikut sekali tak?

ANDA SEDANG MEMBACA
Still With You
RomanceUs || BOOK 2 "Distance gives us reason to love harder," ♡♡♡ Setelah berpisah dalam tempoh masa yang lama, kepulangan Eizzaril kembali menceriakan hari-hari Zulaikha. Kalau dulu dia asyik nak mengelak daripada Eiz, tapi sekarang tak lagi. Eiz tak a...