⇧⇧⇧⇧⇧
Amir"EIZ!"
Rafael yang entah dari mana berlari-lari anak untuk mendapatkan Eiz yang masih berbaring di atas katil. Sejak pukul 7 pagi tadi, langsung dia tidak berganjak. Nak balas dendam punya pasal, dia nak qada tidur je hari ini.
Nak rehat puas-puas!
Nasib baiklah schedule hujung minggu kali ini kosong. Ada juga peluang untuk pelatih-pelatih berehat. So, apa lagi? Memang semua orang terlentang je la atas katil tu.
"Eiz."
"Apa?" Soal Eiz malas.
"Bangun la kejap. Aku nak tunjuk something ni kat kau."
"Sekejap lagi tak boleh ke? Aku nak sambung tidur lah."
"Tak ada kejap-kejap. Penting ni."
Rafael melompat lalu menghempap dirinya di atas betis Eiz. Tubuh lelaki itu ditampar kuat."Sakitlah, bodoh. Kau ni kenapa?" Eiz menyepak kuat punggung Rafael.
"Wei sakitlah!"
Rafael turut mengaduh. Diusapnya punggung yang menjadi mangsa tendangan Eiz tadi.
"Dah tu kau ingat aku tak sakit? Kalau badan tu ringan tak apa lah juga. Ni dah macam nangka busuk."
"Kuang asam."
Eiz mengguling anak mata. Nak apalah mamat ni kacau orang siang-siang. Pergilah tidur ke main game ke. Ergh.
"Weh cepatlah!" Tidak terhenti di situ. Rafael menggoncang badan Eiz.
"Haishh. Ya lah, ya lah aku bangun!"
Eiz mendengus geram. Wajahnya diangkat malas. Direnungnya Rafael dengan pandangan tak puas hati. Menyampah.
Suka hati je kacau waktu tidur aku!
Malas nak cari pasal lagi, Eiz akhirnya mengambil keputusan untuk bangun. Rafael membetulkan duduk. Lama dia memandang ke arah Eiz yang masih terhegeh-hegeh nak bangkit.
Perhati je mamat ni. Kejap mengeliat, kejap meniarap, kejap tertungging, kejap bergolek. Nak suruh bangun pun berjam!
"Kau memang tak buka phone langsung ke?" Soal Rafael. Kali ini nadanya berubah serius. Sebelah kening diangkat.
"Tak." Jawab Eiz sepatah.
Eiz akhirnya bangun dari pembaringan dan mengesot perlahan menghampiri Rafael. Sementara itu, rambutnya yang serabut itu dikibas lalu dikemaskan.
"Aku rasa kau patut buka phone kau sekarang."
"Kenapa?" Suara Eiz serak-serak basah. Kecil sahaja matanya dibuka untuk melihat Rafael.
"Buka aje lah."
"Tak, kau straight to the point je boleh tak. Aku malas lah nak berteka-teki sekarang ni."
Rafael mengguling mata. Telefon di tangannya dihulurkan kepada Eiz. Huluran itu disambut. Sebuah video di instagram dimainkan.
Eiz menonton video itu dengan teliti. Berkerut-kerut dahinya cuba untuk menganalisis apa yang sedang berlaku dalam rakaman video tersebut.
"Weh, teruk do perempuan tu kena hentam. Video apa ni? Buli ke?" Eiz menggumam perlahan.
"Kau tengok betul-betul." Pesan Rafael yang sudah tersenyum sinis.
Dan apabila Eiz baru perasan akan sesuatu, matanya mula terbeliak luas. Riak wajahnya 360° berubah. Terkedu.
Ini..
![](https://img.wattpad.com/cover/247132391-288-k695814.jpg)
YOU ARE READING
Still With You
RomanceUs || BOOK 2 "Distance gives us reason to love harder," ♡♡♡ Setelah berpisah dalam tempoh masa yang lama, kepulangan Eizzaril kembali menceriakan hari-hari Zulaikha. Kalau dulu dia asyik nak mengelak daripada Eiz, tapi sekarang tak lagi. Eiz tak a...