SETELAH 30 minit berjalan, akhirnya aku dan Aril memutuskan untuk bermalam di sini sahaja. Suasana masih lagi cerah, tetapi aku dah tak mampu untuk teruskan perjalanan lagi.
Kali terakhir aku dan Aril minum air adalah pada waktu pagi tadi, semasa sarapan, dan sekarang aku betul-betul tak larat. Apa yang aku mahu sekarang ini hanyalah air.
"Kau okay tak ni?" Aril tiba-tiba menyoal apabila melihat aku yang kini sudah tidak bermaya.
"No, I'm not." Jawabku jujur sambil menggeleng lemah.
"Nak air." Peganganku di bahunya mula longgar.
"Wo woo woo. Hati-hati." Aril menarik lengan aku kembali. Menghalang aku daripada terus rebah ke tanah.
"Tahan kejap. Aku cuba cari air."
Aku duduk bersila di atas tanah dengan bantuan Aril. Kemudian, dia mula berlegar-legar di seluruh kawasan sekitar kami. Dia kelihatannya sedang mencari-cari sesuatu.
"Aril, agak-agaknya kita dah semakin jauh ke?" Tanyaku lemah.
"Nampaknya macam tu lah." Balasnya tidak bernada.
"Ada peluang lagi ke untuk kita hidup?"
Aku terdengar dia melepaskan keluhan.
"In shaa Allah kita boleh survive. Kau ni cubalah fikir positif sikit. Ini tak. Fikir negatif je memanjang. Sudahlah membantu pun tidak, menyusahkan aku lagi adalah. Bukannya kau sorang je tak nak mati kering dekat sini."
Aku berdecit sambil mengukir senyum palsu. Tak terkejut pun. Aril kan?
"Orang tanya baik-baik kan? Itupun nak marah." Perliku.
Aril mengguling anak mata. Malas mahu melayan karenah aku.
Dari jauh, aku dapat melihat Aril yang sedang menghampiri serumpun pokok buluh. Bahagian ruas buluh itu diketuk-ketuknya dengan parang. Ditebasnya bahagian bawah pohon tersebut lalu akarnya dicabut dan dikeluarkan. Kemudian, akar tersebut dipotong serong.
Aku tak tahu apa lagi yang dia lakukan, namun yang pasti aku nampak ada air terpancut keluar dari akar itu. Cepat-cepat Aril mendongakkan kepala supaya dapat meminum air dari akar tersebut dengan mudah.
"Wah,"
Aku yang melihat situasi itu hanya mampu terkesima. Kagum dengan kebolehan Aril. Kenapa aku tak terfikir pun sebelum ni?
Setelah itu, Aril melangkah menghampiri aku.
"Nah, cepat minum sebelum air dia habis." Dihulurnya batang buluh tersebut kepada aku.
Aku dengan rakus meminum air dari akar itu. Dahaga gila weh.
"Ah, leganya!"
Alhamdulillah. Walaupun tak banyak yang kami dapat, tetapi cukuplah sekadar jadi bekalan untuk terus hidup. Sekurang-kurangnya, aku dah rasa segar balik selepas dapat basahkan tekak.
Ini kali pertama aku minum air dari akar pokok weh. Rasa macam masin-masin sikit, rasa payau pun ada, dan yang paling penting, sejuk!
"Kenapa awak tak buat macam ni je dari tadi? Kalau macam ini tak payah tunggu air sungai pun tak apa." Ujarku.
"Bukan semua akar kita boleh minum, cik adik. Ada juga yang beracun." Jawab Aril.
"Oh.."
"Itulah kau, tak belajar lagi pasal ilmu hutan. Main bedal je. Kalau aku tak bagitahu tu memang tak lama lah kau hidup."
Bibirku menarik muncung.
"Manalah saya tahu. Dah saya tak belajar. Hah awak tu, belajar dari mana?" Aku menjongket sebelah kening.
YOU ARE READING
Still With You
RomanceUs || BOOK 2 "Distance gives us reason to love harder," ♡♡♡ Setelah berpisah dalam tempoh masa yang lama, kepulangan Eizzaril kembali menceriakan hari-hari Zulaikha. Kalau dulu dia asyik nak mengelak daripada Eiz, tapi sekarang tak lagi. Eiz tak a...