Chapter 44

100 21 15
                                    

AKU duduk memeluk lutut sambil termenung panjang. Kadang-kadang, tanganku mengutip batu-batu kecil di atas tanah lalu melemparkannya ke dalam sungai. Bosan.

Aku mengeluh kecil.

"Mana Aril ni?" Aku menoleh melihat kawasan sekitar.

Ya, Aril masih belum pulang sejak tadi. Katanya nak masuk hutan sekejap sebab nak cari ranting kayu, tapi ini dah hampir satu jam dia pergi.

Takkan lah dia sesat kot?

Atau dia memang sengaja tinggalkan aku seorang diri?

Aku mengemam bibir. Hatiku menjadi semakin tidak tenteram. Risau. Risau tentang Aril dan juga risau dengan diri aku sendiri. Aku tak rasa aku mampu survive sorang-sorang dekat sungai ni.

Takkanlah dia marah semata-mata sebab aku tanya dia pasal tanda lahir tu?

Aku mendengus kecil. Tanganku naik meraup wajah. Buntu.

Itulah Ika, berapa kali dah Aril pesan, jangan kaitkan dia dengan Eiz. Tengok sekarang apa jadi?

Aku melihat skrin telefon pintarku yang sudah gelap. Telefon aku sudah kehabisan bateri. Jadi tiada apa-apa lagi yang aku boleh buat untuk mengisi masa terluang.

Aku bingkas bangun lalu mengibas-ngibas belakang seluar. Aku pandang ke arah hutan. Otak aku berkira-kira mahu masuk ke sana atau tidak. Aku nak cari Aril. Tapi aku risau kalau aku pergi, aku sesat pula nanti.

Tapi daripada aku buang masa termenung dekat sini, aku boleh pergi cari makanan atau apa-apa yang boleh membantu, alang-alang tu. Aku tak boleh nak harapkan Aril seorang je, betul tak?

Maka selepas itu, aku pun masuk ke dalam hutan. Tak tahu kenapa, tapi hati aku tergerak untuk pergi lebih dalam. Kakiku kemudian melangkah tanpa hala tuju.

Kawasan sekeliling diperhati, cuba untuk menghafal jalan yang aku lalui. Pokok rotan yang dihiris Aril tadi dibawa dan diikat pada dahan pokok sebagai penanda.

"Aril!" Sekali-sekala, aku menjerit memanggil Aril. Mana tahu sekiranya dia ada di sekitar sini?

Namun hampa, balasanku tidak bersahut.

Aku kembali meneruskan langkah sambil mendongak ke arah langit. Masih ada lagi cahaya matahari yang timbus di celahan pokok-pokok. Tapi aku percaya dalam beberapa minit sahaja lagi, hutan ini akan mulai gelap kerana hari sudah menginjak Maghrib.

"Aril!" Jeritku lagi.

Tiba-tiba aku terdengar seperti bunyi daun kering yang dipijak.

"Aril?"

"Sini."

Aku tersentak mendengar suara itu. Suara itu terdengar samar-samar, tetapi aku masih lagi dapat menangkapnya. Ini bermakna, Aril dah tak jauh dari kawasan aku berada sekarang.

"Aril? Awak kat mana?" Jeritku lagi.

"Aku kat sini!"

Kakiku menapak mengikut arah suara itu. Tidak lama kemudian, aku dapat mengesan sekujur tubuh yang sedang duduk berhampiran sebatang pokok.

Aku melihat sekeliling. Kawasan ini agak terlindung dengan semak-samun.

"Aril?" Aku berjalan mendekatinya.

Namun langkahku terhenti apabila menyedari kawasan ini sebenarnya agak curam dan tinggi. Lantas, berhati-hati aku menapak ke arah lelaki itu.

"Aril, apa yang awak buat dekat sini?" Soalku sambil mengambil tempat duduk di sebelahnya.

Lelaki itu langsung tidak membalas dan tidak menoleh ke arah aku.

"Kenapa awak duduk sini? Bahaya tahu tak. Risau saya awak tak balik-balik."

Still With YouWhere stories live. Discover now