"TERIMA kasih Cikgu, tolong ajarkan Ameera." Ujar wanita itu sambil mengusap belakang anak perempuannya. Ameera di sebelah tersengih menampakkan gigi.
"Ya, sama-sama Puan. Memang dah tugas saya kan." Aku membalas senyum Puan Baidura, ibu kepada Ameera. Manis dan lemah lembut orangnya.
"Rumah Yumna dekat mana? Jauh ke?" Soalnya lagi.
"Dekat Setapak."
"Oh Setapak. Tak jauh mana pun la."
"Haah, dekat je tapi sampai lambat sikit tadi sebab jammed."
"Biasalah tu. Tak jammed tu bukan KL lah." Balas Puan Baidura sambil tertawa kecil. Aku turut mengangguk mengiakan.
"Duduk sorang ke?"
"Eh tak. Saya still duduk dengan family lagi."
"Oh, memang orang sini lah?"
"Ya." Aku menguntum senyum ringkas. Puan Baidura hanya mengangguk.
"Adik, pergi ambilkan purse ibu dalam bilik." Arahnya kepada Ameera.
"Okay kejap."
Ameera berlari masuk ke dalam rumah semula. Kini, hanya tinggal aku dan Puan Baidura berdua di luar rumah.
"Cikgu Yumna kenal ke dengan anak sulung saya tu, Amir? Tadi Amir ada bagitahu dia kenal Cikgu." Ujarnya ingin berbasa-basi.
Haishh.. Ni tak suka ni
Kenapa nak kena masuk topik pasal dia?
"Haah. Satu matrik dulu." Jawabku sambil tersenyum nipis.
"Lah, ye ke.. Bekas pelajar Matrik Penang lah ni?"
"Ya." Aku mengangguk.
"Urm, tapi setahu saya Amir asal Penang kan? Bukan family Puan duduk sana ke dulu?" Soalku ingin tahu.
Ya lah, hairan juga aku macam mana tiba-tiba boleh terjumpa mamat ni kat KL. Kat rumah dia pula tu.
"Ya, dulu memang kitorang stay Penang. Tapi ayah dia kena tukar ke KL, itu yang pindah sini. Ameera tu kiranya habis-habis UPSR je terus daftar sekolah menengah kat sini. Kebetulan Amir pun dah habis belajar kat matrik tu. Pindah teruslah." Balas Puan Baidura.
"Oh, macam tu.."
"Ayahnya kerja apa?" Soalku lagi.
"Ayah dia kerja bahagian pemasaran kat Syarikat SKZ Holdings."
(Nama tipu-tipu jerk >-<)
"Oh, tahu-tahu.." Anggukku bersama wajah teruja. Syarikat tu syarikat besar juga di KL ni.
"Ibu, nah." Ameera tiba-tiba muncul bersama dompet di tangan. Dompet kulit berwarna merah hati itu dihulurkan kepada ibunya.
"Nah, Cikgu Yumna. Baki tu ambil je lah." Not RM100 dihulurkan kepadaku.
"Eh, lebih banyak ni Puan."
"Tak apa, ambil je. Guna buat duit minyak."
Segan juga aku sebenarnya nak ambil duit ni. Dah puas aku menolak tetapi tetap tidak berjaya. Puan Baidura berkeras untuk memberi aku lebihan duit tersebut. Sedekah katanya.
"Terima kasih, Puan. Murah rezeki Puan."
"Ya, sama-sama.."
"Dah tak ada apa kan? Saya minta diri dulu ya. Terima kasih ya Puan hidang air tadi."
"Aishh, tak ada apa lah. Biasa je. Lain kali jemputlah datang lagi, Cikgu."
"Ya, in shaa allah.." Aku hanya mengangguk sambil menghadiahkan sebuah senyuman.

YOU ARE READING
Still With You
RomanceUs || BOOK 2 "Distance gives us reason to love harder," ♡♡♡ Setelah berpisah dalam tempoh masa yang lama, kepulangan Eizzaril kembali menceriakan hari-hari Zulaikha. Kalau dulu dia asyik nak mengelak daripada Eiz, tapi sekarang tak lagi. Eiz tak a...