Chapter 1

338 17 11
                                    





"MEET?! Of course lah nak!" Aku menjerit sebaik sahaja menjawab panggilan daripada Zulfa, sahabat baik aku.

"Bila?" Soalku.

"Sekarang. 10 minit aku sampai depan rumah. Siap cepat." Ujar Zulfa di hujung talian.

"Alright."

Aku matikan panggilan lalu bergerak ke almari untuk mencari pakaian yang sesuai. Selepas tiga minit menyelak, knitwear putih dan seluar jeans hitam menjadi pilihan. Shawl hitam kegemaran dipadankan bersama OOTD hari ini.

Simple but perfect!

Usai menyarungkan pakaian, aku mengambil tempat di depan cermin solek untuk touch up bahagian muka pula. Aku ni bukanlah sejenis yang reti pakai make up sebenarnya. Cukuplah hanya bedak compact dan lipbalm untuk menaikkan seri wajah.

Done!

Sebentar lagi, aku akan bertemu semula dengan Whites. Aaaa tak sabarnya!

Oh, untuk korang yang masih tak tahu, Whites tu nama geng aku.

Ah, cliche betul cerita ada nama geng ni. 

Biarlah. Cerita aku. Sibuk je.

Dah lama betul kitorang tak jumpa. Kali terakhir kami berjumpa pun waktu hari keputusan SPM. Sekarang masing-masing dah sambung belajar jauh.

Tapi kebetulan pula aku, Zulfa, Anis dan Ema tengah cuti sem 1 sekarang ni. Tunggu apa lagi?

Girls day out la jawabnya!

Nuryn dan Syaf tak dapat join sebab masing-masing sibuk. Nuryn masih struggle dengan exam. Dia sekarang sambung belajar di UIA, course Law. Syaf pula dah jauh terbang ke oversea.

Ireland, course medic.

Jangan buat main. Kawan-kawan aku ramai bakal doktor tau.

Zulfa juga menyambung course yang sama, tapi bukan rezeki dia untuk belajar di luar negara. Sekarang Zulfa menyambung pelajarannya di Universiti Malaya.

Anis sambung bidang Medical Assistant di UniKL. Ema pula teruskan dengan minat dia untuk menyambung bidang kulinari di Uitm.

Dan sekarang ni diorang semua stay KL Selangor tau. Yang aku ni? Sorang-sorang sesat kat Penang. Dah kenapa?

Tak kisahlah kat mana pun kitorang belajar, aku harap persahabatan kami akan kekal sampai bila-bila. Moga persahabatan kami kekal hingga ke Syurga.

Amin..

Pin pinn!

Aku dapat dengar bunyi hon kereta di luar rumah. Segera aku menjenguk ke luar tingkap untuk melihat keadaan di bawah. Kelihatan sebuah kereta Nissan Almera elok diparkir di hadapan pagar. Nampaknya Zulfa dah sampai.

Aku tersenyum ringkas. Beg tangan dicapai lalu aku bergegas turun ke bawah.





*******



"Macam mana belajar? Okay?" Soalku kepada Anis, Ema dan Zulfa yang duduk semeja.

"Bolehlah, alhamdulillah." Jawab Ema. French fries disuap ke dalam mulut.

Anis menarik senyum. "Overall okay je." 

"Kau Zulfa?" Kesemua mata di situ memandangnya.

"Okay tu okay tapi.." Zulfa menghela nafas berat.

"I'm insecure."

Aku menjongket sebelah kening. Menunggu Zulfa menyambung kata-katanya.

Still With YouWhere stories live. Discover now