"Ika minta maaf sebab tak dapat bawa anak Umi balik...""Semua ni salah Ika..."
Ulas bibir mengukir senyum. Belakang kepala Ika yang jatuh di ribanya itu diusap sayang.
"Bukan salah Ika, bukan salah siapa-siapa pun sayang." Ujarnya tenang, memujuk anak gadis yang teresak itu.
Jika ikutkan hati, dialah yang paling bersemangat dan tidak sabar menanti kepulangan Eiz setelah mendapat tahu bahawa anak sulung lelakinya itu masih hidup. Namun, dia tahu Ika sudah lakukan yang terbaik untuk membawa Eiz pulang ke pangkuannya semula.
Ika sudah menceritakan segala-galanya, apa yang terjadi di sana. Walaupun Eiz tidak akan pulang, sekurang-kurangnya dia dapat tahu bahawa anak lelakinya itu masih lagi hidup di muka bumi ini.
"Umi nak marah Ika, marahlah. Umi nak keji Ika, kejilah."
"Kenapa Umi nak keji anak Umi sendiri?"
"Sebab Ika jijik Umi. Ika dah kotor. Ika derhaka dengan suami sendiri, Ika tak tepati janji Ika pada Umi Abah. Ika dah janji nak bawa Eiz balik. Tapi Ika–"
"Ika sayang, pandang Umi,"
Ika mengangkat muka. Wajah lembut Puan Aisyah itu ditatapnya dengan pandangan yang kabur dengan air mata.
Tangan Ika diusap lembut, dielus pula kepalanya yang berbalut tudung itu. Sudah dua bulan lebih dia tak bersua-muka dengan menantunya ini, yang sudah dianggap dan dilayan bagai anak sendiri.
"Sayang, Allah uji kita untuk mengingatkan kita kepada-Nya, untuk menguatkan iman kita. Jangan lupa, setiap kesulitan yang kita hadapi, ada ganjaran besar di sisi Allah jika kita bersabar. Sekali pun Umi tak pernah pandang Ika kotor, Umi tak pernah pandang Ika hina. Walaupun orang sekeliling mengata yang bukan-bukan tentang Ika dari dulu, Umi tak pernah peduli pun. Umi tahu hati budi anak Umi macam mana. Umi selalu ada belakang Ika. Ika selama-lamanya anak perempuan Umi yang baik hati, solehah dan taat kepada Umi dan Abah."
"Umi tahu, Umi tak rasa apa yang Ika rasa. Umi tak boleh cakap Umi faham, sebab yang lalui tu bukan Umi, tapi Ika. Tapi Umi yakin, semua ni pasti ada hikmah-Nya. Allah tak akan saja-saja aturkan semua ni terjadi tanpa sebab. Lagipun semua ini bukan salah Ika. Ika buat semua tu dalam keadaan tak sedar, bawah pengaruh dadah, dalam keadaan tak boleh fikir apa pun. Betul?"
Ika teresak menangis.
"Ika sengaja ke buat semua tu?"
Ika menggeleng.
"Then? Kenapa Ika nak salahkan diri sendiri?"
Puan Aisyah tersenyum lagi. "Lambat-laun kebenaran akan terbongkar juga Ika. Along akan sedar salah dia. Waktu tu, biarlah dia yang cari Ika sendiri."
Ika mengetap bibir. Tersedu-sedu dirinya menahan tangis. Dia tak sempurna, banyak kurangnya sejak dulu. Sesungguhnya dia langsung rasa tak layak dicintai dan diterima oleh keluarga ini yang terlampau baik dan menerima. Tetapi keluarga inilah yang banyak mengubahnya. Keluarga inilah yang menjadi tempat dia meluahkan masalah selepas Mama dan Papa. Di rumah keduanya inilah dia mencari kembali semangatnya yang hilang.
Kerana dia tahu apabila Eiz berada di titik terendahnya, orang pertama yang akan dicarinya ialah Umi.
*****************************
Lima tahun yang lalu,
Di atas puncak itu, Eiz memejamkan mata. Angin kuat yang menyapa batang tubuh dinikmati sebaiknya. Sehinggakan rambut nipis miliknya juga turut beralun mengikut arah angin.
YOU ARE READING
Still With You
RomanceUs || BOOK 2 "Distance gives us reason to love harder," ♡♡♡ Setelah berpisah dalam tempoh masa yang lama, kepulangan Eizzaril kembali menceriakan hari-hari Zulaikha. Kalau dulu dia asyik nak mengelak daripada Eiz, tapi sekarang tak lagi. Eiz tak a...