AKU termenung memandang wanita tua yang terbaring di hadapanku. Seluruh wajahnya pucat. Kedua-dua belah kakinya berbalut. Di kawasan dahi dan tepi bibir pula terdapat lebam kebiruan. Mesti kesan daripada hentakan di tanah.
Aku mengeluh.
Ya Allah, berdosanya aku.
Dari berkeadaan sempurna, sehingga begini sekali jadinya. Dan semuanya berpunca daripada kesalahan aku sendiri.
Apa aku patut buat untuk tebus semua ni?
Aku masih lagi terkejut dengan apa yang berlaku. Semuanya terjadi secara tiba-tiba.
"Nenek.. Saya minta maaf." Aku menyembamkan dahi ke tilam.
Sebenarnya, sudah awal-awal subuh lagi aku datang ke hospital untuk menemani nenek ini. Syukur, kini dia sudah dipindahkan ke wad persendirian.
Aku juga sudah berjumpa dan berbincang dengan doktor yang merawat nenek ni. Segala kos pembedahan, wad, bil hospital, segalanya aku tanggung.
Kerana ini saja cara yang aku boleh buat untuk tebus kesalahan aku.
Aku merenung lagi ke arah wanita tua itu. Masih lagi kaku tidak sedarkan diri.
"Nenek, cepat bangun ya. Saya takkan tenang selagi tak dapat kemaafan dari nenek." Gumamku perlahan.
Aku memandang sekilas ke arah jam di dinding. Sudah pukul 7.30 pagi, dan aku masih belum sarapan. Patut ke aku pergi beli makanan dulu eh? Lagipun aku memang dah lapar sangat ni.
Selepas berfikir, aku akhirnya membuat keputusan untuk bersarapan terlebih dahulu. Selepas makan, aku akan datang ke sini semula.
"Nenek, saya sarapan dulu ya. Kejap lagi saya datang balik jaga nenek." Ujarku di tepi telinganya.
Walaupun kini dia masih lagi belum sedar, mana tahu yang dia boleh dengar kan? Aku harap sangat nenek ni nampak keikhlasan aku untuk jaga dia. Aku betul-betul nak tebus kesalahan aku.
Baru sahaja aku mengangkat punggung, pintu tiba-tiba sahaja dibuka dari luar.
Ada seseorang yang datang.
Aku menelan liur sebaik sahaja mataku bersabung pandang dengannya. Terus membeku satu badanku.
Mati.
"Apa kau buat dekat sini?" Soal Aril dingin.
Penampilannya masih lagi sama. Dia memakai topeng muka dan cap di kepala.
Dia menapak menghampiri aku.
Dia datang seorang je ke? Mana Liya dengan Nick?
Ah, mampus kau Ika.
"Kau memang tak faham bahasa kan? Kau ingat aku main-main dengan kau ke?" Matanya yang jelas kelihatan itu tajam menikam mataku.
Aku menelan liur.
Semakin lama semakin kakiku mengundur ke belakang. Takut.
"Saya.."
"Ada aku suruh kau jaga nenek aku? Tak kan?"
"Kau ingat aku ni hamak sangat nak suruh kau tebus balik kesalahan kau tu? Kau buat baiklah macam mana pun, tak dapat ubah apa-apalah." Katanya kasar. Pedas.
Aku tertunduk.
"Kau menangis air mata darah sekalipun, nenek aku dah terlantar. Nenek aku dah cacat. Nenek aku dah tak boleh berjalan macam dulu. Sebab kau punca nenek aku jadi macam ni." Jari ditunding ke arah neneknya yang terbaring di atas katil.
Tak tahu mengapa, dengan hanya dia berkata begitu sudah cukup buat aku bertakung air mata.
Perempuan mana je yang tak terguris bila lelaki yang dia sangat-sangat cinta dan kasih, cakap sebegitu rupa?

ANDA SEDANG MEMBACA
Still With You
RomansaUs || BOOK 2 "Distance gives us reason to love harder," ♡♡♡ Setelah berpisah dalam tempoh masa yang lama, kepulangan Eizzaril kembali menceriakan hari-hari Zulaikha. Kalau dulu dia asyik nak mengelak daripada Eiz, tapi sekarang tak lagi. Eiz tak a...