SATU helaan dilepaskan.
Penat betul jadi cikgu ya.
Rasa nak tercabut kaki ni berjalan dari kelas tingkat 3, lepas tu turun bawah, berjalan lagi sampai ke blok paling hujung, naik tangga lagi ke tingkat 2, dan akhirnya aku baru sampai di bilik guru.
Kalau macam ni lah hari-hari, memang tak risau naik berat badan sebab setiap hari exercise.
Aku melabuhkan punggung sebaik sahaja tiba di meja milikku. Beg tangan dan tote bag yang dipenuhi buku latihan pelajar diletakkan di atas meja.
"Eh?"
Sebelah keningku terangkat apabila mengesan satu bungkusan plastik di atas meja. Di dalamnya terdapat tiga botol air minuman yang berbeza perisa. Nescafe Latte, Milk Tea, Milo.
Aku melihat sekeliling. Cuba mencari kalau-kalau pemberinya ada di sini.
"Siapa pula bagi ni?" Aku kembali memberikan perhatian kepada minuman tersebut.
Sekeping nota kecil yang ada di dalam plastik itu aku keluarkan.
Thank you for yesterday, Cikgu. I owe you a lot. Saya tak tahu Cikgu suka air apa jadi saya main beli je. Hope you like it.♡
-S.A-
Aku tertawa kecil. Comel betul."Is this Ameera?" Aku menggumam perlahan.
Tapi dia tulis dari S.A.
Siapa pula S.A ni?
Kalau bukan dari Ameera, siapa lagi?
Ke, Sabrina? Ada huruf S juga kat sini.
Haih, main rahsia-rahsia pula dah si pemberi ni pun. Kan dah pening kepala otak aku nak kena fikir.
Tak apalah. Aku anggap sahaja pemberian ini dari Ameera.
Aku mengukir senyum nipis sambil menggeleng perlahan. Terharu.
**********
Selepas tamat sahaja sesi persekolahan, terus aku ke pasar raya untuk membeli barang dapur. Mama whatsapp tadi suruh beli sebab banyak barang basah kat rumah yang dah habis.
Kini aku berada di aras bahagian bahan basah, sedang memilih udang. Setelah memastikan kuantitinya cukup, aku membawa plastik berisi udang itu ke kaunter timbangan. Plastik yang telah ditag dimasukkan ke dalam troli.
Aku mengatur langkah pula ke bahagian bahan masakan. Troli ditolak perlahan ke rak yang menempatkan sos. Nak cari sos tiram.
"Jenama apa tah yang Mama suka guna tu."
Telefon di tangan dilihat sekilas. Melihat mesej yang dihantar oleh Mama.
Sos tiram jenama Kimball.
"Hi miss,"
"Macam kenal je."
Tertoleh aku sebaik sahaja mendengar suara seseorang di belakang.
Aku berdecit perlahan.
Lah, mamat tiga suku ni rupanya.
YOU ARE READING
Still With You
RomanceUs || BOOK 2 "Distance gives us reason to love harder," ♡♡♡ Setelah berpisah dalam tempoh masa yang lama, kepulangan Eizzaril kembali menceriakan hari-hari Zulaikha. Kalau dulu dia asyik nak mengelak daripada Eiz, tapi sekarang tak lagi. Eiz tak a...